Pages - Menu

29.12.11

Si Tua Akhiri Usia Yang Memilukan | Nasib Dihari Tua

Salam untuk semua, moga dirahmati

Lama benar tak bercerita dan berkongsi sesuatu…aku nak bercerita satu kisah yang dilalui dua minggu lepas…kisahnya bermula di kampung halaman di sebuah daerah jauh nun di sana. (tempat dirahsiakan…hehe)

Aku balik ke kampung ketika tu atas sebuah urusan…aku sekadar menemani mak dan bapa saudara aku saja…dalam sibuk2 berurusan aku dan bapa saudara berjalan kaki ke suatu arah…terpandang dari sebelah kanan seorang lelaki tua terjatuh atas ban(jalan kecik) bendang…di sisinya sebuah basikal tua sambil terikat kemas bungkusan makanan dan minuman…

“La…Pak Lang (bukan nama sebenar) dari mana ni….orang lain dah pesan jangan keluar sorang2 macam ni…tengah matahari rembang panas lagi…” Lebih kurang macam tu nasihat Bapa Saudara aku…aku diam sekadar menolong menongkat semula basikal tuanya…aku lihat kepala dan tapak tangannya berdarah…tidak kurang bau pakaian yang entah berapa lama tidak ditukar…Pak Lang kelihatan tidak terurus…wajahnya malu sebenarnya…tetapi cuba melemparkan senyuman dan berkata sesuatu.

Aku difahamkan Pak Lang berusia lingkungan 70 tahun ke atas…Bapa Saudara aku membiarkan seketika Pak Lang mengambil hela nafas…Pak Lang tercungap2 penat disamping menahan darah yang mengalir…dipapahnya supaya berdiri…Pak Lang sebenarnya tidak punya kudrat lagi untuk berjalan…manakan tidak tenaganya sekadar mampu menggerakkan setapak2 langkah… aku sendiri hairan sejak pukul berapa Pak Lang keluar rumah untuk membeli sarapan kerana ketika itu jam sudah menghampiri 12 tengah hari…melihat kudrat tuanya lagi….

Bapa Saudara aku terpaksa meminjamkan kereta sorong tetangga kampung yang terdekat untuk mengantar Pak Lang pulang ke rumah…aku sendiri tak sampai hati nak bawa pakai kereta sorong…keadaan terpaksa….jarak lebih kurang seratus meter dari ban bendang tersebut. Untuk memapahnya berjalan mungkin Pak Lang sendiri tidak berdaya lagi…

Berhenti kereta sorong di hadapan sebuah rumah usang…seperti rumah tinggalan orang sejak 5 tahun…buruk…semak samun ditumbuhi lalang…kelihatan bertaburan plastik2 sampah…sisa makanan yang tidak dibuang di atas lantai rumah…bau tidak terkata lagi…aku memapah Pak Lang hingga ke kerusi malas yang dilapik sebuah bantal buruk…”Kenapa nasibnya sebegini….? Biar betul pak cik ni dok rumah ni….?” aku tertanya2 sendirian…aku sendiri pertama kali bertemu Pak Lang.

“Nasib hari tua tiada siapa yang tahu…Pak Lang anak ramai…tapi sorang pun tak ambik peduli…ada la yang balik jenguk…semingu dua minggu sekali macam tu…” Bebel Bapa Saudara aku semasa berjalan pulang…aku diam sahaja…sangat simpati…entah siapa peduli mandi pakai Pak Lang seharian. Apa nasib hari tua kita nanti akan dikelilingi riuh rendah anak cucu atau sendirian menunggu mati?

Bukan untuk mengaibkan…tapi waktu muda jagalah hubungan tetangga dengan baik…yang paling penting hubungan kita dengan Allah…” Bapa Saudara aku terus menambah lagi…mungkin Pak Lang ada sejarah kurang baik ketika muda dahulu…aku tidak bersoal lagi…cuba memahami perkara yang dimaksudkan. Kasih Allah menasihati diri melalui insan yang lalu…moga Pak Lang diampunkan dosa dan dirahmati-NYA. Sebelum keluar dari rumah buruk Pak Lang…aku terpandang ditangannya masih digenggam tasbih…

6 comments:

  1. kesian pada Pak Lang.... memang tak sanggup aku lihat situasi begini

    ReplyDelete
  2. kita pun akan tua kalau tidak meninggal muda, namun melalui hari-hari untuk tua maka banyaklah imbauan disetiap pemergian sauara mara yang lebih tua. Maka harap buat diri iaryylr dan sesiapa agar jangan beratkan minda untuk berziarah...

    ReplyDelete
  3. Syahdunya... Terkenang diri sendiri, apakah nasib di hari tua nanti..,

    ReplyDelete
  4. sedih juga.. tak kisah la apa sejarah lampaunya, tapi kalau dia ada jiran tapi kebajikannya terabai, jiran pun akan dipertanggungjawabkan nanti..

    ReplyDelete
  5. salam, semoga diri dan keluarga kita dan muslimin seluruh dunia hidup dlm keadaan yg diredhai Allah SWT di dunia dan juga diakhirat...amin

    ReplyDelete
  6. kesian nya..
    tu la..kan..mak ayah ni kalau tak jaga hubungan dengan anak2 terutamanya,kelak anak2 kurang menghargai mak ayah.jadi ada anak jaga baik2..
    insyaallah..baik didikan kita bagi baik la jadinya anak2 tu..tapi kalau anak2 sendiri kita abaikan tak mustahil kalau depa pun akan abaikan kita.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...