Pages - Menu

11.12.11

Kenapa Dijadikan Satu Lidah, Dua Telinga?


Salam untuk semua, moga dirahmati

Satu Lidah, Dua Telinga…manusia yang normal dan sihat sentiasa menggunakan nikmat satu lidah, dua telinga…manakala yang kurang sihat pula kadang2 tersalah guna “dua lidah, satu telinga”. Apa tu? Terlalu banyak bercakap, tidak mahu mendengar…hikmah deria yang Allah kurniakan, bukan sekadar suka2 tetapi supaya kita sentiasa berfikir dan menggunakan sebaiknya.

Lembutnya lidah…sudahlah tidak bertulang, punya banyak perasa…tetapi bisanya mampu menusuk hati malah tidak kurang membinasakan jiwa.  Dalam sirah Israk Mikraj, baginda bertemu golongan wanita lebih banyak di dalam neraka berbanding lelaki…puncanya kerana lidah mereka yang suka mengadu domba dan mengumpat. Lelaki pula jangan merasa selesa…kerana lelaki juga tidak kurang melakukan perkara yang sama.

Rasulullah menganjurkan apabila bukan hal penting untuk dibicarakan sebaiknya diam…susahkan nak buat…kalau jenis memang peramah pula…tambah2 dapat lepak kedai mamak, kedai kopi dll…bertambah rancaklah bicaranya kan…apa pun nak berjaya, semuanya perlu didikan & latihan…kerana hidup ini cubaan.

Justeru, belajar mengawal si anggota lidah yang satu, kita tuan tubuh kita yang memimpin setiap anggota…nikmat itu amanah. Yang amanah akan dipersoalkan. Nasihat ini buat diri yang aku yang selalu lupa. Menjadi seorang pendengar yang baik lebih mulia daripada penutur yang baik… Jangan biarkan diri terjerumus di lembah hina angkara anggota kecil yang tidak bertulang. Moga kalian dirahmati =)

10 comments:

  1. Org yg bijak ialah mereka yg lebih banyak mendengar dari bercakap. kerana makin banyak bercakap, makin banyak kesilapan berlaku...

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Lagu Seks "Aku Ingin Dilubangi" ....Biadabnya Mereka!!"

    ReplyDelete
  2. great info....tq der, tapi lidah memang susah nak jaga la

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Bila hati kita tidak bersih dari noda dan dosa ianya akan terzahir melalui lidah kita. Maka hendaknya bersihkanlah hati kita dari sifat-sifat mazmumah, maka segala yang zahir itu akan bersih.

    ReplyDelete
  4. Info molek ni Tuan, ambo besar hatilah mohon copy deh...Salam Perjuangan Tuan!

    ReplyDelete
  5. Abd Razak : owh mcm tu ye nak jaga lidah....ok2 saya cuba tips tu.

    ReplyDelete
  6. lebih baik diam dr berkata-kata sesuatu yg menyakitkn hati org len

    ReplyDelete
  7. betul tu..manusia mmg lebih suka berckp dr mendengar..


    sbbnya kita manusia mudah lupa dan alpa..

    ReplyDelete
  8. makin banyak cakap, makin banyak ayat ditambah perasa.

    bahaya~

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...