Pages - Menu

9.11.11

Batasan Hiasan/Solekan Wanita Solehah

yaya 1

Salam untuk semua, khusus buat muslimah dan para ibu. Moga dirahmati =)

Firman Allah Taala:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Batasan-batasan berhias seorang muslimah:

1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.

2. Tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menarik perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku. Atau sebagainya.

3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.

Berhiaslah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan ciri-ciri wanita yang baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu memikat lelaki atau ciri-ciri wanita fasiq dsbnya.  Solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri dari kusut masai, berserabut dan tidak terurus. Jangan hiasan itu berlebihan di luar rumah sedangkan tidak terurus semasa di rumah. Kasihkan diri untuk kekal di syurganya nanti, moga dirahmati =)

Di dalam surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."

Kemudian pada ayat lain Allah berfirman:
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

10 comments:

  1. Terima kasih untuk peringatan ini.barakallahufik..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah kembali ...

    peringatan yg baik..

    wanita itu salah satu dr panah2 syaiton ... maka wanita kena pelihara diri betul2 agar jgn jadi fitnah dunia ~

    ReplyDelete
  3. nice sharing..
    teruskan ingat mengingati sesama kita..

    :)

    ReplyDelete
  4. Aurat wanita: Jumhur ulama’ mengatakan seluruh tubuh wanita adalah aurat yang perlu ditutup kecuali perhiasan yang zahir seperti yang disebut dalam surah an Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan jangan mereka nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya”. Ulama’ berselisih dalam mentafsir skop pengecualian tersebut. Pendapat yang kuat yang diwakili oleh jumhor ulama’ mengatakan ia adalah muka, tangan dan pakaian. Ini bermakna muka, tangan dan pakaian merupakan bahagian yang pada adatnya kelihatan dan tidak tertakluk kepada arahan supaya disembunyikan.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy tinted film headlamp rr taillamp

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian...sebagai ingatan utk diri sendiri......

    ReplyDelete
  6. terima kasih kongsi ilmu...boleh tak bagitahu atok macam mano buek kotak2 tu? naisss...

    ReplyDelete
  7. Syukran di atas perkongsian dan peringatan...Barakallah.....;

    ReplyDelete
  8. thanks untuk ingatan di hari jumaat ni :D

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...