Pages - Menu

8.8.11

Kisah Air Masin Dan Air Tawar Di Dalam Al Quran

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Beliau sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.



Di Cenote Angelita , Mexico terdapat sebuah gua yang mempunyai kedalaman  30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu muncul sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Azhan: Subhanallah, hebatnya Kuasa Allah menjadikan dua pertemuan berbeza tanpa batasan, hidupan laut dan sungai juga jelas sekali berbeza.

15 comments:

  1. Assalamualaikum Yob Azhan,

    Selamat berpuasa. Tu dia...Allah Maha Besar. Banyak rahsia dan mukjizat terkandung dlm kitab suci kita. Terima kasih berkongsi maklumat. Akak dulu rajin baca dan tengok doku pengembaraan Costeau ni tp sejak dia meninggal tak penah pulak ada program ulangan dia. Dah tua, masih rajin dia nyelam dulu2 tu.

    ReplyDelete
  2. Kisah ini telah banyak memberi kesedaran kepada yg masih kabur tentang kekuasaan Allah. Lihat dia yg mengkaji juga telah sedar kandungan Al-Quran itu nyata benar hingga dia kini telah menjadi umat Islam....

    ReplyDelete
  3. Subhanallah....teringat saya kat tasik dayang bunting yg tak masin walaupun dikelilingi lautan...contoh yg terdekat

    ReplyDelete
  4. kitaorg peah berlajar pasal fenomena ni masa kelas ecology dulu ...miracle :)

    ReplyDelete
  5. salam, semoga keimanan kita akan terus bertambah...

    ReplyDelete
  6. setiap ciptaanNya sungguh unik dan diluar batasan fikiran manusia.betapa agung kebesaranNya...:)

    ReplyDelete
  7. Subhanaallah, sungguh besar dan unik ciptaanNya kan..

    ReplyDelete
  8. masyaAllah...hebatnya kuasa Allah...

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah.....trlalu besar n agongnya ciptaan Allah....xtrjangkau dek akal manusia.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah.. Allah Maha Besar.. betapa hebatnya kuasaNya..

    ReplyDelete
  11. nikmat Allah untuk yang mahu berfikir

    ReplyDelete
  12. subhanaallah....2 la ciptaan allah yang maha mencipta....
    segala kejadian adalah bukti kebesarannya....


    rajin2 singgah la blog http://lalinklife.blogspot.com/2011/08/jualan-ramadhan.html

    ada buat jualan kecil2an...

    ReplyDelete
  13. subhanallah..

    tiada yg bnr melainkan bnr sebnr-bnrnya

    ReplyDelete
  14. mcm tu rupanya asal usul sungai dlm laut tu..
    subhanallah..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...