Pages - Menu

17.7.11

Sukar Membina Puisi?

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Apabila difikir semula tentang Contest Aku Berpuisi, memang kelihatan contest ni agak akademik...mungkin sukar bagi sesetengah sahabat untuk membina sebuah puisi. Aku sendiri mengakui bukan pandai pun berpuisi ni, tetapi suka membaca puisi kerana mesej yang disampaikan itu menyarankan minda untuk berfikir lebih kreatif. Disebabkan tu, aku cuba bina contest yang sulong tentang puisi.

Dalam pembinaan puisi, mungkin yang mudah adalah sajak...kedua pantun. Sajak tidak terikat dengan format khusus tetapi sekadar menulis apa yang hendak disampaikan. Peringkat awal penulisan sajak, fikirkan tema yang disukai...tulis apa yang hendak diluahkan. Nak lebih puitis, tukar beberapa perkataan yang biasa kepada perkataan yang berbentuk sastera.

Contest Aku Berpuisi sebagai tanda diriku menghargai jasa teman-teman blog sepanjang 3 tahun aku berblog. Disamping aku sekarang sedang di semester akhir di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, 5 tahun 2 bulan jiwa dibahasakan. Sedikit sebanyak contest ni mengenangkan aku kepada institut dan para pendidik apabila kaki telah melangkah keluar nanti =)

Aku suka puisi Allahyarham Usmang Awang.

12 comments:

  1. IPGKBM Melaka ke? ke kat mana?

    ReplyDelete
  2. huwaa..nak join. tp xreti la puisi2...camane nih?kalau puisi pun keras je nnti. adoi.

    ReplyDelete
  3. Sabarr...aku tengah fikirkan sajak tuu, tunggu ye. Pastu pantun plak...jika Allah mengizinkan.

    ....ramai yang tunggu dateline.

    ReplyDelete
  4. dalam perancangan memilih tajuk yang sesuai... mungkin politik kot... hehehe

    ReplyDelete
  5. owh....kejap aku usha entry2 puisi aku..kut2 sesuai dengan tema :-)

    ReplyDelete
  6. owh hoo...kalau teori sy lulus..boleh sembang pasal puisi lama2..tp nk cipta sendiri puisi..hehe..lama masa nk kne ambik :)

    ReplyDelete
  7. Puteri: kat lembah pantai, KL...melaka tu perempuan Melayu Melaka =)

    ReplyDelete
  8. Najihah:hehe..boleh cuba, saya sendiri tak pandai juga =)

    ahmad humairi: terima kasih cikgu, insyaAllah, mudah2an =)

    en mamat: politik pun ok.hehe

    hans: ok bro, TQ =)

    syukri:.hehe.takpa, mana tau ada bakat terpendam tu =)

    ReplyDelete
  9. kadang2 benda ni datang sekilas je, then kono copek2 karang....kadang2 nak buat satu bait pun menyeksakan..

    ReplyDelete
  10. syabas, mempraktik apa yg dipelajari...semoga bergelar guru yg serba boleh..amin...InsyaAllah akak akan cuba..kalau setakat pantun boleh la kot...he.......

    ReplyDelete
  11. Atok: betul tu..hehe.time xdak idea, naik poning den.hehe

    Nza: xpa kak.hehe. pantun pun orait tu =)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...