Pages - Menu

28.7.11

Prestasi Hambar Pasukan Malaysia | Pak Cik Tua Hebat Berlakon

Tiada apa lagi nak dibanggakan, sekadar semangat gegak gempita dan sorakan ratusan ribu penyokong sahaja. Permainan hambar, pemain2 Malaysia tidak punya ruang mencipta pelbagai gerakan. Pemain tua Singapura pula tak habis dengan lakonan hanjing mereka di dalam padang...jelas pemain tua berpengalaman yang tidak punya semangat kesukanan. Habis suara aku maki hamun pakcik2 tua tu...prestasi moral terburuk aku sepanjang aku ke stadium.

Dulu Rajagopal pernah kata bahawa dia akan pilih pemain yang punya prestasi semasa yang terbaik...aku jelas hairan dengan pemilihan pemain yang sama prestasi yang sudah mula merudum. Hinggakan terdesak menggunakan Aidil yang jelas belum cergas untuk diturunkan, akhirnya dikeluarkan begitu sahaja...perkara sama pernah berlaku waktu Safee Sali belum cergas dulu...

Pertahanan Malaysia jelas longgar, beberapa kali melepaskan bola dengan mudah...beberapa orang Jurulatih tempatan telah mencadangkan nama-nama pertahanan yang sedang meningkat naik...tetapi Rajagopal terus berdegil, masih sayangkan anak-anak buahnya...hasilnya telah terbukti. Aku puji Apek, berusaha keras menyelamatkan beberapa percubaan.

Midfilder hampir sahaja tidak punya idea untuk mencipta gerakan yang lebih sempurna dan baik ke arah serangan. Aku tak nampak sangat fungsi Ismail Faruqi..lebih banyak membawa bola bersendirian, lambat membuat hantaran ke atas. Amar main dengan baik, memandang gandingan asalnya, Syafiq tak dapat diturunkan, Amar lebih banyak bekerja keras untuk patahkan asakan. Bahagian serangan terlalu banyak bergantung kepada Safee mencipta jaringan. Hadi Yahya terus tenggelam mencipta ruang dan jaringan.

Lepas ni Rajagopal perlu terus saja merombak pasukan, masih ramai pemain yang terus meningkat naik..tak salah menguji lebih ramai pemain. Prestasi lalu bukan ukuran masa depan lagi...sejarah terus jadi sejarah. Mungkin ni game last aku kat SNBJ untuk tahun ni...tahun depan aku dah mula posting, entah tak tahu lagi masih ada peluang atau tidak...penutup yang mengecewakan~

Photobucket

Photobucket

10 comments:

  1. betol3...
    saya yg dekat stadium tu rasa nak pi masuk padang terajang aje pemain singapura tu...
    geram betol la ngn dorang tu....

    ReplyDelete
  2. ya,apek je kot yg main bagus.

    pemilihan pemain gantian pn xberapa bijak. patut pilih yg lebih pengalaman cam ashaari misalnye heh ;)

    ReplyDelete
  3. hana: terajang ja nanti.hehehe.memang nampak sgt maen macam tut...kalau puasa habis pahala ramadhan dah ni =)

    amna: ashaari slow sikit...tapi dia bagus =)

    ReplyDelete
  4. Kalah pada pasukan hebat takpe....kalah ngan singapura rasa cam xleh terima je.

    ReplyDelete
  5. Terkini : Pihak Singapura mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana menghalang pemakaian jersi kuning oleh Harimau Malaya. Jersi biru yang dipakai 2 kali berturut-turut menyebabkan pemain kurang semangat harimau (mana ada harimau warna biru) dan menjadi haru biru (macam BN). Singapura turut memuji kepintaran BN dalam mentadbir terutamanya dalam isu bekalan air, pulau Batu Putih, Tanah KTMB dan banyak lain-lain. Singapura berharap kerajaan BN akan memenangi pilihanraya akan datang semoga kerjasama baik seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang. Agensi ABBM.

    ReplyDelete
  6. Sebelum permainan kakak mengharap Harimau boleh mengaum hebat. Tapi biasalah macam kehilangan Pulau Batu Putih, perginya Tanjung Pagar dan cerita jambatan/tambak yg tergantung tanpa asbab dan ending. Dengar lagi kisah Pulau Pisang di Pontian pula mahu dirembat sama. Apalah lagi setakat bola yg bulat. Mudah sangat dia nak gelecek...:(

    ReplyDelete
  7. tu la kan... baru nak semangat tengok bola tapi rentakl permainan tak seperti yg dibayangkan...

    ReplyDelete
  8. kalau boleh..nak sebelas2 orang tu pengsan serentak..asyk terbaring je keje diorang..silap fahmi x main masa 1st game.. =(

    ReplyDelete
  9. rilek la...sebagai penyokong jangan time pasukan naik je sokong time lemah macam ni nak kutuk2...ni bukan penyokong sejati namanya...apapun perlu juga pembaharuan..apapun tahniah buat pasukan malaysia

    ReplyDelete
  10. yg tengok pon stress. haha. stress singapore byk sgt injured dyer. borink =.=

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...