Pages - Menu

19.7.11

Ketam Mengajar Anaknya Berjalan

Selepas selesai kelas, aku diserbu beberapa orang murid yang menghulurkan tangan untuk mengangkat buku-buku yang dibawa. Masing-masing berebut-rebut untuk membuat kebajikan kepada guru, aku hanya melayan saja kerenah mereka. Dua orang murid perempuan mengikut aku ke bilik guru, sambil di kedua tangan mereka dipegang erat beberapa buah buku.

Sambil berjalan, aku selalu bersoal pelbagai soalan, kadang2 menyentuh tentang latar belakang keluarga, ada juga tentang minat. Dari situ, aku dapat mengenali mereka dengan lebih dekat malah mengetahui kelemahan yang mungkin boleh diatasi. Dalam leka bersembang, salah seorang daripada mereka tiba-tiba bersoal sesuatu..."Cikgu, kenapa cikgu perempuan tu pakai tudung nampak lagi rambut...?" Tersentak seketika dengan soalan tu.

"Rambut itu aurat, apabila ditayangkan maka berdosa. Dosa akan diazab neraka." Itu saja yang mampu aku respons terhadap soalan murid tadi. Guru contoh tauladan kepada murid. Dalam sesebuah institusi, pemimpin perlu mempamerkan dahulu contoh yang baik sebelum yang dibawah menuruti, supaya tidak wujud lagi istilah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan dalam kamus kehidupan...

Akhirnya ketam dimasak, dimakan, diratah apabila terus gagal mendidik...?

14 comments:

  1. erm..
    mmg sedap la makan ketam..
    lagi2 kalau masak lemak..
    =D

    ReplyDelete
  2. dh lame x mkn ketam,,hahaa!!
    lg satu.. kalo pky tudung, nmpk lg rmbut bejuntai kt bwh tuh, buat haper..

    ReplyDelete
  3. satu peringatan yg mendalam.. thanx :)

    ReplyDelete
  4. sedap ketamnya :X...

    hehe always been ask same ques juga from my student...


    "teacher why the malaysian in this newspaper not wearing (sambil tunjuk2 tudung) .. like you.... "

    ticer dia jenguk2 la jugak.. picca sapa.. ngupa2 nya picca menteri hehe.... ticer gelak jer ler...:p .. anak mat saleh bnyk tnya bebeno .. tak terjawab kekadang..


    tapi masa belajar dulu.. seorang sahabat dari sabahan .. beragama kristian bertanya "jaaaa... kenapa ya... dalam islam ndak boleh cukur kening... ndak boleh pakai gelang kaki ... ndak boleh warna rambut ... , tapi kenapa semua budak melayu di sini.. kak lyn tgok buat semua tu ... "


    serius.. sis tgh masak trus terdiam .. "mana akak tau semua tu ?? " ..

    "ini kan negara islam.. orang islam ramai.. tapi mereka sendiri tak tau apa itu islam.. macam mana orang nak respek agama islam jika terus terusan begini "...


    terus sis berenti masak.. bercakap dengan dia.. cuba menjernihkan pemikirannya tentang budak2 rumah kami yang "tidak tahu apa itu islam " ...


    pelik kan... as a muslimah should be role model.. bukan nya menghancurkan nama baik islam sendiri :)

    ReplyDelete
  5. kita semua adalah role model.. kadang sikap kita yang membuatkan orang jauh dari islam...

    ReplyDelete
  6. murid2 mmg anggap guru sebagai role model dorg . so mmg tugas guru utk tunjuk cth yang baik :))

    ReplyDelete
  7. guru bukan sekadarmengajar ttp mendidik..cikgu juga jd idola pd murid...dekati mrk, n selami perasaan mrk, insyaAllah, sampai bila2 mrk akan kagum dgn kita.....

    ReplyDelete
  8. sebelum menjadi cth atau role model, seseorg itu mesti la mempunyai sikap dan teladan yg baik dan blh dicontohi..

    ReplyDelete
  9. patut murid tuh direct terus tye cikgu pompuan tuh...sure terkedu cikgu pompuan tuh....

    ReplyDelete
  10. ketam juga perlukan bimbingan dan teguran

    ReplyDelete
  11. sedapnya ketam tu.. dah lama xmakan ketam..teringin pulak..

    sebagai guru, kena amik kira semua aspek, bukan hanya mengajar yang masuk exam saja, namun didikan yang diberikan.. :-D

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...