Pages - Menu

27.7.11

85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual

Semua 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata, penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

"Petang ini semua 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.

"Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lalu. Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.

Azhan: Dalam 85 ribu tu, ada juga diri aku yang yang tak seberapa ni...nanti jangan lupa tgk tv, mana tau nampak muka masuk tv...hehe

4 comments:

  1. hahah..
    dalam 85,000 tu terselit jugak saye..
    hehe...
    jumpe sok kat stadium..
    =D

    ReplyDelete
  2. Salam Akhi,
    Beri sokongan yang padu tau :-)

    ReplyDelete
  3. Jumpe di stadium malam nie!! game yg mengerikannn huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...