Pages - Menu

7.6.11

Orang Munafik Suka Sumpah Palsu | Sumpah Palsu Diazab Di Neraka ( Surah Mujadalah)


Surah Mujadalah (surah ke 58)

[14] Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

[15] Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

[16] Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.

[17] Harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.

[18] (Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.

[19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.


Keterangan Ayat

Surah 58 al-Mujadilah ni diturunkan selepas surah al-Munafiquun. Ia adalah surah Madaniyyah dan isu yg disentuh pada ayat 14 ke atas ialah isu kaum Munafiqin Madinah pimpinan Abdullah bin Ubay bin Salul. Jadi ayat 16 tu kena dimulakan dari ayat 14 lagi, baru kita tahu cerita. Dan kalau boleh disambung dari surah al-Munafiqun.

Salah satu ciri utama kaum munafiqin dalam ayat 14 ialah mereka menjadikan sumpah sebagai penguat pembohongan mereka. Manakala ayat 16 ialah sumpah dijadikan perisai. Istilah penggunaan sumpah yg berleluasa ni dinamakan al-ghamus. Kaum munafik bersumpah dgn teman setia mereka, kaum Yahudi dan Nasrani Madinah, kemudian mereka juga menggunakan sumpah untuk memperdayakan kaum muslimin. Jadi sumpah adalah senjata mereka. Tafsir Ibn Kathir.


Pengajarannya: Kita kena elakkan budaya ghamus, bersumpah kerana nak tegakkan dusta dan bersumpah sebagai perisai yakni melindungi segala kejahatan kita kerana ini adalah sifat kaum munafik dan dalam ayat2 tsb Allah mengancam dgn siksaan. Ini kerana sumpah bukan benda ringan dan boleh buat main-main. Orang yg main-main dgn sumpah utk menutup kebatilan ialah kaum munafik. Moga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada semua =)

15 comments:

  1. setuju dengan komen diatas
    gambar tu sangat menyiksakan
    yups
    sekarang sumpah ibarat permainan di mulut manusia
    jgn lah kita main2 dengan sumpah
    nanti makan diri kita balik
    entry yang sangat bagus dan menarik
    :-)

    Filem KL Gangster

    ReplyDelete
  2. errr...takutnya tgk gambar tu!!

    ReplyDelete
  3. orang sekarang bersumpah semata2 untuk menutupo kelemhan dan keburukan diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. sekarang ni orang sudah berani bersumpah tanpa memikirkan kesan akan datang...

    ReplyDelete
  5. zaman la ni..huh....semua pakat brani sumpah2 ikut suka....tak rujuk yang alim ulama dlu....tanya klu xreti...tp ni....hai....bila manusia suka amik agama separuh separuh....ini la jadinya....T-T...nasihat utk diri sama...


    thanx wa syukron lak=)

    ReplyDelete
  6. Kembalilah kepada Al-Quran, indahnya hidup bersyariat.....

    ReplyDelete
  7. assalam..

    jgn main2 dgn sumpah.. Allah sntiasa mngetahui dan melihat.. org skrg dah x peduli ttg akibat sbb x rsa akan menimpa mrk

    ReplyDelete
  8. skrg sumpah tu dh jadi mcm gula2...sesedap rasa je mulut....

    ReplyDelete
  9. sumpah palsu plus sumpah depan quran..perhhh hebat2.... mmg kebal dgn api neraka agaknye :(

    ReplyDelete
  10. x dapat dibayangkan kalo tergigit duri2 tuh....huhu

    ReplyDelete
  11. Duri-duri neraka lagi dahsyat....peringatan kepada semua supaya kita tidak terjebak dalam unsur2 sumpah yang palsu....

    moga ALlah limpahkan hidayah dan petunjuk pada sekalian sahabat =)

    ReplyDelete
  12. haisshh.. x suke dgn ape yg jadi kat negara kite kblakangan ni.. sikit2 main sumpah... aisshh.. seram pulak cik rimau.. main sumpah laknat lak tu..

    ReplyDelete
  13. salam, doa agar dijauhkan dari sifat tercela itu...terima kasih atas tazkirah.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...