Pages - Menu

19.6.11

Kelayakan Olimpik: Malaysia Berjaya Ikat Lubnan

Malaysia berjaya mengikat Lubnan untuk keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 yang berakhir sebentar tadi. Perlawanan berlangsung di Stadium Sport City di Beirut.

Malaysia bermula agak perlahan pada separuh masa pertama dan nampak seperti kurang yakin dan bermain terlalu berhati-hati. Pemain-pemain pula banyak membuat kesilapan-kesilapan mudah dengan hantaran-hantaran mudah yang kurang tepat dan mudah kehilangan bola. Malaysia bagaimanapun mempunyai peluang terbaik pada separuh masa pertama menerusi Wan Zack namun digagalkan penjaga gol Lubnan.


Separuh masa kedua, Malaysia bermain berbeza sekali berbanding separuh masa pertama. Banyak serangan mula dilancarkan ke kubu Lubnan. Pemain-pemain juga kurang melakukan kesilapan dan bermain dengan keyakinan yang amat tinggi. Malaysia berjaya mencipta beberapa peluang keemasan namun ketumpulan serangan menggagalkan Malaysia mencipta kejutan di Beirut. Perlawanan berakhir tanpa sebarang gol.


Perlawanan kedua timbal balik akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini. Ini adalah peluang baik untuk Skuad Ong Kim Swee untuk mencipta sejarah mara ke peringkat seterusnya dalam kelayakan Olimpik.

sumber

Kesebelasan pemain Malaysia:


Khairul Fahmi (c), Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Zubir Azmi, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal (Wan Zaharulnizam), Fandi Othman, Irfan Fazail dan Izzaq Faris (Syahrul Azwari)
 
Azhan: Permulaan yang kurang meyakinkan, masuk separuh masa kedua baru mula beberapa gerakan berbahaya...harap game timbal balik kat Malaysia nanti membuahkan sesuatu...

4 comments:

  1. tadi blackout..haram tak dapat tengok..bergelap saja.huhu

    ReplyDelete
  2. Ala... kakak tak tengoklah bola-bola nie. Hanya mengikuti kalau ada keluar dlm berita saja...

    ReplyDelete
  3. Tak kan dah belanja juta buat program pembangunan pasukan bolasepak hanya seri je ngan Lubnan.. dah lah negara tak aman tak da peruntukan besar pulak macam pasukan m'sia. Low klasss lah team kita... buat malu je. mengabihkan duit rakyat je... tak berbaloi...

    ReplyDelete
  4. lmbatnya nk panaskan minyak tu....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...