Pages - Menu

20.6.11

Cerita Orang Kampung Kita...[Part 8] | Siapa Ibu Bapanya?


Awal pagi lagi, beberapa penduduk kampung datang ke gerai Pak Mail di hujung kampung untuk membeli beberapa jenis juadah sarapan pagi. Kelazimannya, Mak Siti tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang, jam ketika itu masih menjengah detik 7.33 pagi. Pak Mail pula sibuk di dapur menyusun barang dapur yang dibelinya semalam di rak kecil yang usang terletak di penjuru dapur gerainya.

"Selamat pagi Mak Siti...saya nak nasi lemak 5 bungkus. Letak lauk biasa saja..." Syikin datang menghampiri meja yang dihidangkan lauk pauk beserta seperiuk nasi lemak.

"Ok..." Pendek balas Mak Siti. Dia memandang Syikin seketika, berkerut dahinya. Syikin pula kehairanan melihat reaksi Mak Siti yang tidak berkelip memandangnya atas bawah.

"Kenapa Mak Siti...? Pandang saya ni macam penjahat saja...?" Soal Syikin kepada Mak Siti. Mak Siti mula mencodek nasi lemak.

"Tengok baju kamu pakai ni la. Kamu pakai baju dan seluar adik kamu punya ya...?" Soal Mak Siti padanya. Syikin tergamam sekejap dengan soalan tu.

"Baju saya lah! Orang kena ikut peredaran fesyen la Mak Siti...tak kan nak pakai baju kurung saja memanjang..." Syikin membalas, jiwa anak muda zaman moden yang pelbagai ragam terpalit kuat di hatinya.

"Bukan suruh pakai baju kurung. Ni kamu tengok...baju ketat serupa balut nangka lagi. Tengok seluar tu...seluar jeans  ketat tersinting nampak pula betis tu. Buruk benar lah Mak Siti tengok pakai macm ni...kamu ni Syikin...." Keluh Mak Siti sambil menghela nafas, beberapa kali Mak Siti menggelengkan kepala.

Muda mudi kampung ini ditegur seperti anak cucunya juga. Tidak kira siapa mereka, dibuat salah cepat sahaja mulutnya melontarkan nasihat. Syikin diam sahaja, dia menerima nasihat Mak Siti kerana sudah biasa dengan leteran dan nasihatnya.

"Kamu masih muda. Kamu buat salah...orang tak kan salahkan kamu sepenuhnya."

"Tetapi orang yang tengok akan bertanya...Siapa ibu bapanya...? Anak-anak adalah cerminan kedua orang tuanya." Sambung Mak Siti lagi. Mak Siti mula memasukkan bungkusan nasi lemak ke dalam plastik runcit.

15 comments:

  1. mesti syikin balas
    "sibuk je orang tua ni..
    suka hati aku la.."

    kan??kan???
    budak2 sekarang bukan boleh kena tegur pun..
    tegur sikit dikatanya kita
    nak memalukan dia..

    ReplyDelete
  2. yups
    budak2 skrg nih memang suka ikut hati
    tak fikir maruah mak ayah
    tapi bila dah jadi bukan2 masa tu baru cari mak ayah

    Syaitan Memang Durjana

    ReplyDelete
  3. agaknya diorang bangga dengan nasi lemak dia kot...ish

    ReplyDelete
  4. Setuju dg cara Mak Siti sound tu, direct tepat dan berdiplomasi...

    ReplyDelete
  5. habis lagi...........!!!

    cepat sangat habisnya.....
    azhan, post panjang2 k?
    :)

    ReplyDelete
  6. yea..kesian mk ayh.last skali mereka yg kena. ank2 zmn skrg..*sigh..

    ReplyDelete
  7. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip beli kereta terpakai

    eeeeemmmmm zaman sekarang budak tak takut mak ayah.... di herdik ajerrr ... kesian kecil hati mak ayah... ingat lah barakah hidup itu pada mak ayah

    ReplyDelete
  8. trend. tak ikot kata kuno. tapi kena ingat juga kuno di depan manusia tak apa selagi di mata Tuhan kita dipandang tinggi.

    ReplyDelete
  9. trend skrg pakai baju mcm xpakai...nmpk bonjol sana sini.....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...