Pages - Menu

31.5.11

Berkata Baik Atau Diam | Peringatan Buat Sahabat Blog



Salam untuk semua, moga dirahmati =)

"Perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati.  Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar " (Surah al-Baqarah ayat 263)

"Dan berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah katakata yang baik, merendah diri dan lembut berbicara kepada sesama manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat kerana kedua-dua ibadat ini merupakan rukun yang ada kena mengena dengan fizikal seseorang dan kewangan. " (Ayat 83 al-Baqarah)

Amat sukar sebenarnya nak cakap baik dan sopan ni, terutama jenis panas hati macam aku ni.hehe. Pesanan ni dituju khas untuk diri ni yang kadang2 terlepas kata terlepas bahasa yang kurang enak dibaca dan dituturkan. Mohon maaf pada semua ya...kadang-kadang aku ni taip blog dengan penuh emosi juga, hilang pertimbangan akal waras.

Saya percaya banyak blog yang tidak lepas daripada buat perkara hampir sama apabila kita tengah bengang dan marah. Blog yang paling top buat benda ni kebanyakkannya blog-blog politik, tak kisah lah blog BN dan PR...Kadang2 ada bahasa yang tidak sedap dibaca dan didengar. Adat dan budaya Melayu yang penuh kesantunan sebenarnya tak lepas dari jati diri kita sebagai bangsa yang tinggi kesantunannya.

Kalau mesej, hujah, bahasa, fakta dan sebagainya yang menyokong isi penyampaian dalam blog sudah cukup untuk menceritakan sesuatu perkara tersebut. Bahasa yang cantik dan kemas akan menjadi penambah rasa kepada si pembaca. Tidak perlu sama sekali kepentingan meletakkan bahasa yang kurang sopan dan carutan yang bukan2 untuk menyokong entri yang dibuat.

Sekadar peringatan buat diri dan sahabat2, kerana bahasa melambangkan bangsa. Bahasa melambangkan peribadi dan diri. Tercemar bahasa tercemar jua maruah.

Rasulullah SAW telah bersabda, Maksudnya: " Barang siapa percaya dengan Allah dan dengan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap baik atau diam."
 

10 comments:

  1. perkara ini akan terjadi jika emosi yang mengawal diri..sama2 la kita cuba perbaiki diri ini..^_^

    ReplyDelete
  2. bila dalam keadaan marah..
    elok berdiam diri..
    biar rasa marah itu terpadam sendiri..
    takm padam terus pun,
    sekurang2nya reda...
    marah bila digambarkan dengan kata2
    mulalah ada yang tak sepatutnya dikatakan terkeluar..
    maka yang kena marah balik tu semakin marah.

    eh mcmm trkeluar tajuk pula.

    ReplyDelete
  3. 1) Topik yang bagus... tahniah.

    2) Orang zaman sekarang dah tak boleh cakap dengan bahasa yang sopan santun macam dulu lagi, pasal terlebih minum susu lembu daripada susu ibu. Pasal tu banyak yang macam lembu...

    3) Zaman Nabi semua orang patuh pada agama, zaman umPORno... ugama dilanggarnya, malahan hingga tahap menghina agama... perlukah bersopan dengan orang yang melanggar hukum agama...???

    4) Lu pikirlah sendiri...

    Yang benar
    Isa - IkutSukaAku... hahaha...

    ReplyDelete
  4. kita hanya manusia lemah n xlepas dr membuat kesilapan...yg utama saling ingat mengingati sesama kita w.pn trkdg menyakitkan....

    ReplyDelete
  5. @miecyber: =)

    @cikmimie: betul tu =)

    @puteri: marah kadnag2 susah nak kawal =)

    @ISA: nabi sentiasa berlembut dengan kaum yang menentang perjuangan Islam dahulu sehingga ramai musyrikin yang tertarik dgn Islam =)

    @nza: moga dimaafkan semua =)

    ReplyDelete
  6. ya diam itu adalah lebih baik.....

    ReplyDelete
  7. peringatan yg baik buat akak juga..tq ye

    ReplyDelete
  8. Sama la kita.Tak terlepas dari salah silap terutama nya bahasa.Minta maaf jika ada salah silap sepanjang tulis komen :)

    ReplyDelete
  9. assalam..

    sy pun pns gak, tp skrg dak kurang.. dah x larat hehe :D tp bab politik mmg naik nyampah dan x bik tau

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...