Pages - Menu

30.4.11

Diari Kehidupan...


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Semalam keluar cari barang untuk anak2 murid, minggu depan dah last nak bagi apa yang patut untuk kenangan depa ni. Beli murah2 ja, cikgu tak mampu lagi.hehe. Pening juga nak bagi hadiah kat budak2 ni, yala ramai juga. Nak cari yang berpatutan ja la...psuing punya pusing nampak yang lain yang menarik.Nak beli benda lain, lain pula yang dibelinya.

Saya terpandang sebuah diari. Sekarang dah nak melangkah masuk ke bulan Mei, dah setengah tahun dah nak beli diari pun. Tapi tengok harga memang murah la, yala selonggok atas rak tu tak bersentuh. Elok la juga beli satu, tak kisah la dah tengah tahun pun. Mungkin ramai sahabat2 yang dah biasa dengan menulis diari, nampak macam skema skit lah ada diari ni kan.

Saya rasa saya ni perlu sebuah diari supaya kehidupan lebih terurus dan terbimbing. Yalah, selalu sangat dah buang masa dengan tak faedah. Baik lah, saya ringkaskan kebaikan yang dirasakan apabila mempunyai sebuah diari:-
  1. Masa lebih teratur apabila segala perancangan harian ditulis lebih awal
  2. Melakukan yang lebih utama daripada keutamaan yang lain. (Ni kalau dah keja banyak, naik serabut juga nak sentuh mana dulu...)
  3. Tidak buang masa dengan benda tidak berfaedah. (Seimbang yang dunia dan akhirat.)
  4. Belajar menjadi seorang yang lebih berdisiplin.
  5. Ciri-ciri orang yang berjaya adalah mempunyai sebuah diari =)
Wah...macam bagus ja, ni jangan hangat2 tahi ayam sudah la.hehe. Apa yang dirasakan baik untuk diri saya akan kongsikan dengan semua sahabat. Siapa yang belum cuba berdiari, jom mulakan. Masih belum terlambat selagi nyawa dikandung badan =)

4 comments:

  1. saya selalu ada masalah utk mengurus masa
    :(

    ReplyDelete
  2. bagus ada diari.. kita selalu lupe.. so kalo ada diari tu, bleh lah membantu skit..

    ReplyDelete
  3. aku masih tak boleh nk disiplinkan diri tulis diari.. walaupun diari bisnes.. huhu..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...