Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Cuaca tak menentu sejak beberapa bulan ni, sekejap panas sekejap hujan. Badan pun menerima kejutan akibat cuaca tidak menentu ni, lain macam dah rasa kepala ni. Nak demam rasanya. Kepada sahabat yang lain, jangan lupa jaga kesihatan diri ya. Ambil berat soal makan, jangan lupa bersenam sekurang2nya 2-3 kali seminggu dan minum air kosong banyak.
Hujung minggu ni cuti lebih sehari sempena hari pekerja, jangan lepak tidur kat rumha ja.hehe. Kesian tubuh badan tu. Jom keluar bersenam sekurang2nya keluar peluh, badan pun sihat. Tentang kesihatan terutamanya bersenam, diakui ramai lagi masyarakat negara kita yang masih ambil tak peduli tentang kesihatan. Contohnya, kalau pergi jog kat mana2, jarang2 la jumpa orang Melayu.
Kepada member2 rumah, rajin2 turun main bola, jangan lepak2 maen game ja.hehe Tengok perut tu makin ke depan dah, nak kata mengandung tak sampai hati pula.hehe. Beringat2 sebelum kena, sekurang2nya kita ada usaha untuk sihat, kalau nak sakit tu nak buat macam mana, itu dah ketentuan. Moga kita terus mensyukuri nikmat sihat dan kelapangan masa =)
Selamat berehat...
ReplyDeleteSatu Komuniti Satu JPJ
hehe,selamat semua skali.bersenam banyak2 biar ade sixpack.huhu
ReplyDeletejom.. tiap2 petang sabtu aku ada main badminton.. nak joint aku.. dialu2kan..
ReplyDelete@miecyber: tq sobat =)
ReplyDelete@jaya: tak mampu sampai tahap tu.hehe
@abubakar: lama dah tak main badminton, kekok.hehe