Pages - Menu

2.2.11

Kisah Orang Kaya Yang Beriman

Salam untuk semua, moga dirahmati-Nya ('',)

Tinggalkan sekejap isu Mesir, teruskan berdoa untuk sahabat2 kita di sana. Saya nak kongsi dengan sahabat2 tentang kisah tentang pengalaman kenal dengan orang kaya yang beriman. Yang sinonimnya, orang kaya mudah lupa diri, amat sedikit yang menggunakan kekayaannya untuk jalan Allah. Minoriti la kan. 

Kebetulan kawasan rumah yang saya tinggal sekarang tidak jauh daripada kawasan elit perumahan orang2 kaya ni, ada yang Dato', Tan Sri, macam2 gelaran dan pingat lah ada dalam kawasan elit tu. Saya selalu jumpa golongan kaya ni di surau tidak jauh daripada rumah, mereka selalu datang tadah kitab duduk bersila dengan orang2 biasa. Kadang2 saya rasa kagum sangat tengok yang datang surau naik kereta2 besar macam BMW, Wolkswagen, Mers dan macam2 lagi lah keluaran yang jarang2 dilihat. Yala kan, mana lah saya mampu pakai, mampu tengok ada lah.hehe Baguslah datang surau dengan kereta2 besar, baru orang Islam tidak dipandang hina kan. 

Dalam banyak2 orang kaya yang saya perhatikan, saya nak ceritakan seorang pak cik ni. Rasanya jemaah surau yang paling kaya. Dia ni nampak biasa saja, datang surau sentiasa berjubah putih, memang trademark dia lah.hehe. Ikut sunnah nabi. Sebab apa saya cakap dia paling kaya? Saya sebenarnya tak pernah tengok pun rumah dia, tapi rumah2 jemaah lain pernah lah. Ada rumah sampai cecah RM5 juta, itu pun pergi sebab kenduri kesyukuran, memang besaq betul rumah tu.

Berbalik kepada kisah pak cik tu, sebab apa saya cakap dia kaya? Pertama sekali sebab setiap kali datang surau pasti dia akan naik kereta yang berbeza. Hius! Pak cik ni ada berapa banyak kereta benar! Kereta yang berbeza tu bukan perodua dan proton cam saya tapi kereta2 mewah. Yang paling saya tertarik dengan BMW Wagon dan Porch Carera lama yang dia pakai tu. Kereta2 lain ada la juga, entah berapa bijik kereta lah pak cik ni pakai. Kaya sungguh! Kalau kereta pun berbijik2 rumah tak tau lah besar mana kan. 

Selanjutnya, awal pagi tadi saya dan adik pergi solat Subuh jemaah, tapi kami dua pergi solat di surau  kawasan perumahan lain agak jauh daripada rumah saya. Saja ja ambil angin baru jalan2 awai subuh ni.hehe Otw ke surau, tengah layan naik motor honda "petak", tiba2 ada satu kereta ni lalu sebelah motor kami, laju pulak tu. Huis! kereta sapa pagi2 buta nak racing ni.hehe Tak puas hati, nak kejar tak mampu lah kot kan. Naik honda "petak " ja, kejar boleh kasi pecah enjin motor nanti.hehe

Adik saya yang bawa motor, dia kata dia nampak orang Melayu yang bawa sebab berkopiah. Saya dok belakang tak sempat tengok  pun, sempat rasa angin saja. Adik pun pecut semampu mungkin, akhirnya dapat juga kejar kereta tu, sebab ada lampu isyarat merah di depan. Kami pun berhenti lah sebelah kereta tu, sahabat2 tau dak kereta apa? Teka2 la dulu.hehe Dalam hati saya "Siapa lah yang pakai kereta ni...dahsyat betul. Driver pakai kopiah pulak tu" memang kagum lah.

Honda "petak" kami berhenti sebelah kereta tu. Kereta itu ialah kereta "kuda".hehe. Bukan lah, kereta tu kereta Ferari! Driver tu, pak cik yang saya ceritakan tu lah. Ha? Dia ada Ferari juga? Sebelum ni saya tak pernah tengok pun dia bawa mai surau. Pak cik tu dia otw pergi masjid rasanya. Siap berjubah dan berkopiah.Terdetik dalam hati saya "Pak cik ni p masjid solat Subuh naik Ferari...?" susah mau jawab dan percaya apa saya tengok pagi tadi.

Begitulah sedikit pengalaman dan pengajaran. Kembali menyoroti sejarah para sahabat juga ramai yang kaya raya. Jutawan seperti Abdul Rahman Auf dan Usman Affan tetapi mereka tidak kabur dengan kekayaan yang mereka miliki. Mereka korbankan harta dunia untuk jalan akhirat. Subhanallah! Akhir zaman ni, amat sedikit umat Islam yang menggunakan kekayaan untuk mencari redha Allah, yang ramai adalah yang lalai dan leka dengan nikmat tersebut. Semoga pak cik tadi terus dilimpahkan dengan rezeki yang berkah dan dirahmati-Nya. 

Kepada sahabat2 yang kaya raya dan bercita-cita untuk kaya, jadikan kisah ini sebagai penagajaran kepada kita semua. Moga kalian dirahmati-Nya ('',)


Pak cik tu pakai model Ferari ni!

1 comment:

  1. Alhamdulillah...beruntungnya org2 yg camne..mereka xleka dgn kekayaan dunia.....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...