Pages - Menu

8.2.11

Khas Buat Kaum Hawa, Cinta Rasulullah Untuk Wanita Solehah

Salam untuk semua, moga dirahmati-Nya ('',) 

Sedikit perkongsian untuk kaum hawa, moga beroleh manfaat dengan entri ringkas ini.   Cinta Rasulullah untuk wanita solehah terbukti dalam hadis baginda yang sentiasa memberikan panduan ke arah menjadi insan solehah. Jom hayati dan amalkannya ('',)

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari? ”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)  

Azhan: Peluang hanya sekali, malah sekejap untuk dinikmati. Bekalan seketika ini membawa hidup kekal abadi. Rebutlah selagi masih terdaya...

8 comments:

  1. nak cari pompuan yang leh wat bini la ni susah..

    ReplyDelete
  2. sangat menarik.. suka entry ni.. semoga semua wanita tergolong dalam wanita solehah..

    ReplyDelete
  3. sedih lihat wanita dan remaja2 zaman sekarang... eh.. bapak remaja ka.. mak remaja ka.. ah.. semuanya... pening2....

    ReplyDelete
  4. suka entri yg macam ni.. teruskan usaha.

    ReplyDelete
  5. siang tadi baru jer dgr ceramah kat dbkl sempena maulidur rasul..tqz for sharing this..semoge kite semua mendapat keberkatan dariNYA.

    ReplyDelete
  6. bertuah seorg lelaki dpt memiliki isteri yg solehah ttp sang suami jgn ambil kesempatan di atas kelemahan si isteri....

    ReplyDelete
  7. @solihin: insyaallah jumpa nanti :)

    @wahida:amin :)

    @en mamat: minta dijauhkan

    @zaiya: InsyaAllah :)

    @arfah: mudah2an :)

    @miecyber:xpa ja :)

    @nza: insyaallah kak :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...