Pages - Menu

8.2.11

Revolusi Mesir: Akhbar Kerajaan Sudah Berpaling Tadah


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',) 

Revolusi Mesir menggamatkan seluruh dunia dengan pelbagai kejadian yang membimbangkan keselamatan. Gerakan yang bermula daripada rakyat marhaen tidak dapat lagi dibendung, semakin hari semakin kuat menentang. 

Menariknya, akhbar lidah kerajaan juga akhirnya mula membuka topeng sebenar apabila turut menyokong aktivis yang berdemonstrasi serta mengecam kerajaan Husni Mubarak. Apakah wartawan sudah "bebas", tidak dirantai leher lagi...?

Media merupakan salah satu medium yang sangat berpengaruh dalam membentuk pemikiran rakyat, apabila berita yang ditulis adalah "putih", maka "putih" juga pemikiran rakyat yang membaca. Jika sebaliknya yang ditulis, maka hasilnya rakyat terus tertipu dan terpedaya. 

Tangggungjawab wartawan sangat besar, berat, perlu kejujuran dan ketelusan dalam melaporkan sesuatu. Moga Kebangkitan Mesir menjadi titik tolak kepada kebangkitan Islam khususnya di Mesir amnya seluruh dunia Islam. Moga sejarah revolusi Mesir dijadikan tauladan untuk kita, moga dirahmati-NYA ('',)

Petikan berita KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak yang berdepan dengan tuntutan rakyat agar berundur, mula hilang kawalan ke atas media arus perdana negaranya dengan terbaru akhbar Al-Ahram mengisytiharkan sokongan kepada penunjuk perasaan.

Dalam lidah pengarang di muka depan, akhbar kedua tertua di Mesir itu yang mempunyai jumlah jualan tertinggi, memuji revolusi yang dibawa penunjuk perasaan dan menuntut kerajaan membawa perubahan perundangan dan perlembagaan.  “Kerajaan dan semua tali barutnya, generasi tua, ahli politik dan semua pemegang kuasa dalam arena politik harus akur dan memahami tuntutan dan impian golongan muda ini,” ketua pengarangnya, Osama Saraya.

Bagaimanapun, Saraya yang sebelum ini terkenal dengan sokongan tidak berbelah bagi ke atas rejim Mubarak, tidak meminta presiden berkenaan meletak jawatan dalam lidah pengarangnya itu.  Penyokong pembangkang terkejut dengan perkembangan terbaru itu yang membayangkan Saraya sudah berpaling tadah.{Berita Harian}

7 comments:

  1. bibit kebangkitan islam sudah bermula.

    ReplyDelete
  2. DAH LAMA SANGAT, RAKYAT PON DAH BOSAN.. TURUN SAHAJALAH MUBARAK...

    ReplyDelete
  3. lepas ni kebangkitan rakyat Malaysia plak.. =)
    insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. kebangkitan org Islam sudah bermula..

    ReplyDelete
  5. mungkin media juga sudah tak tahan dengan hosni..kalau perkara yang benar demi islam..usah disorokkan lagi.

    ReplyDelete
  6. Media Mesir mula sedar.."tajamnya mata pena menulis tu demi *kebenaran*."tapi Media Malaysia?huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...