Pages - Menu

9.2.11

Baitul Maqdis: Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Buku terkini yang ingin saya kongsikan dengan semua adalah tentang sejarah panjang bumi Islam yang terjajah iaitu tanah Palestin. Kepada sahabat2 yang berminat untuk mengetahui dengan mendalam boleh dapatkannya dipasaran.

Menarik! Saya pun tak habis baca lagi, tak sabar nak promosi kepada semua. Sedikit perkongsian yang terdapat dalam karya ini mungkin dapat meningkatkan pengetahuan serta kecintaan dalam menuntut sebuah keadilan atas kezaliman yang telah berpanjangan.  Moga bermanafaat ('',)

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan"

Telah berdekad lamanya Baitul Maqdis, di mana terletaknya Masjidil Aqsa dan Kubah Sakhrah, tempat permulaan Muhammad S.A.W. Mi'raj untuk bertemu Allah S.W.T. di Sidratul Muntaha, berada di bawah penguasaan Yahudi. Penjajahan Zionis Israel ini menjadi batu penghalang kepada kemerdekaan dan kemajuan rakyat Palestin. 

Penaklukan ini juga turut menyukarkan usaha untuk menyatupadukan umat Islam dalam satu kesatuan politik serantau yang berkenaan.Berbagai bentuk penindasan dan kekejaman telah dilakukan regim Israel untuk menelan dan menjadikan Baitul Maqdis ibu kota negara haram mereka. 
 
Justeru, pembebasan Al-Quds bererti berjuang menentang reactionisme dan merampas kuasa dari tangan boneka imperialisme antarabangsa. Juga merupakan perjuangan untuk kebebasan manusia dari segala bentuk imperialisme dan facisme.

KANDUNGAN
  • Kata-kata Aluan Yang Dipertua, Persatuan Ulama' Malaysia
  • Kata-kata Aluan Pengerusi Lajnah Penerbitan, Persatuan Ulama' Malaysia
  • Pertarungan Islam Dan Zionis: Baitul Maqdis dan Ketamakan Yahudi Sepanjang Sejarah - Dr. Muhammad al-Ramaadi
  • Sejarah Kejaatuhan Palestin dan Kewujudan Israel - Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
  • Yahudi dan Bani Israel - Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
  • Intifadah - Merintis Generasi Salahuddin Al-Ayyubi - Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin
  • Pengaruh Zionis di Dalam Organisasi Pentadbiran dan Perniagaan - Profesor Dr. Mohd Nazari bin Ismail
  • An Analytical Study Of Justice In The Behaviour of Caliph 'Umar In Islamic Jerusalem - Dr. Maher Y. Abu-Munshar
  • Masa Depan Baitul Maqdis Berdasarkan Hadith - Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
  • Gerakan Ulama' Dalam Menangani Isu Palestin - Hj. Abdul Ghani bin Samsudin
  • "Bumi Yang Dijanjikan" Menurut Yahudi dan Perbandingannya dari Sudut Pandangan Islam - Mohamad Fauzi bin Zakaria
Harga = RM20.00 (Sem) RM23.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 221
Penyelenggara = Dr. Abdul Karim Ali & Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Penerbit = Persatuan Ulama' Malaysia Dengan Kerjasama Yayasan Taqwa

9 comments:

  1. insyallah...nk cuba cari gak smbil2 beli buku utk PSS sekolah.....TQ 4 infom.

    ReplyDelete
  2. satu hari nanti, keadaan akan jadi normal semula. kan ?

    ReplyDelete
  3. menarik buku ni, patut ambil tahu mengenai negara seislam dgn kita ni.
    akan cari lpas ni, tq for the info

    ReplyDelete
  4. السلم عليكم ورحمة الله

    Sangat menarik, terima kasih atas kesudian ke blog saya..:)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah satu hri nti islam akn menguasai kembali baitul maqdis

    ReplyDelete
  6. nice book....


    jom singgah n follow belog saya..
    http://inibelogfyna.blogspot.com/
    http://shopiliciouz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Terima kasih berkongsi isi buku ni.

    Mudah2an satu hari InsyaAllah islam akan dapat balik Baitul maqdis tu.

    ReplyDelete
  8. Ar Rayah World News

    Pasti !!! Masjidil Al-Aqsa, Palestin Akan Dibebaskan

    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...