Pages - Menu

16.2.11

Arsenal vs Barcelona, Umpama Final Liga Juara-juara

Stadium Emirates, London
3.40 am


Akademi La Masia, Barcelona memperutukkan RM25juta setahun untuk mengguruskanya
Sudah Tentu perlawanan ini dibawa secara langsung melalui Saluran ESPN (812), ASTRO. Namun menarik untuk meperkatakan lebih awal tentang perlawanan antara Arsenal menentang Barcelona. Dua kelab yang berkongsi falsafah dan idealis yang sama. Mereka menekankan pembangunan belia peringkat akar umbi menerusi akademi mereka sendiri. Tidak ada anak muda yang aktif bolasepak di Eropah tidak bercita-cita untuk memasuki akademi La Masia di Barcelona, tempat yang melahirkan Lionel Messi.

Di Arsenal, Akademi Bolasepak Arsenal yang diketuai oleh Liam Brady (juga product dari akademi Arsenal)  adalah akademi bolasepak yang paling berjaya di England. 'Kilang' ini mengeluarkan hampir 30 pemain untuk England, 10 pemain untuk Republic Ireland, 5 untuk Wales dan 3 untuk Scotland.

Sandro Rosell, Presiden Barcelona FC
Cuma bezanya, di Arsenal pejuang falsafah ini datang dari Arsene Wenger yang menjadi ikon Arsenal itu sendiri. Manakala di Barcelona, pejuang fahaman ini datang dari Presiden kelab mereka sendiri Sandro Rosell. Tidak keterlaluan jika dikatakan tanpa Barcelona, Spain tidak akan mejuarai Piala Dunia. 

Pada Piala Dunia 2010, 7 pemain Spain datangnya dari akademi La Masia dan 6 adalah pemain utama iaitu, Gerard Pique, Charles Puyol, Andres Iniesta, Xavi Hernandez, Sergio Busquets dan Pedro Rodriguez, satu sejarah dunia - pemain yang paling ramai pernah dibekalkan oleh satu kelab dalam sejarah perlawanan akhir Piala Dunia. Jurulatih German, Jaochim Low menyatakan kelabnya dikalah oleh Sepanyol yang berinspirasikan gaya Barcelona "..You can see it in every pass, how Spain plays is how Barcelona plays. They can hardly be beaten. They are extremely confident and very calm in the way they circulate the ball'.

Juga sejarah dunia pada 6 Disember 2010 apabila kesemua 3 wakil dari akademi La Masia dicalonkan untuk anugerah
FIFA Ballon d'Or (anugerah pemain bolasepak terbaik Eropah) iatu Xavi, Iniesta dan Messi.

Persoalannya, siapa pejuang akar umbi (grassroot) di negara kita. Bila dan dimana kita akan bermula. 7 pemain yang dilahirkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil melayakkan kita menjadi Juara Peringkat Asia Tenggara. Jika kita ingin mejadi juara peringkat Asia, formulanya tidak jauh berbeza. Pastinya Gunners akan rebah ditangan Barcelona..jangan lupa ESPN 17 Feb 3.40am


Azhan: Fanatik Barca! Semalam MU dah kalah, seronok lah juga. Jangan marah yo peminat2 MU.hehe jangan lupa qiyam, bola-bola juga ('',)

9 comments:

  1. tak sabar betul tengok match ni..mintak2 arsenal akan buat kejutan..

    ReplyDelete
  2. nak sangat tengok arsenal menang especially gandingan mantap fabregas-van persie-walcott-song

    ReplyDelete
  3. fan arsenal masuk serbu ni.hehe. kita tunggu malam ni :)

    ReplyDelete
  4. bangkang!
    kalau MU vs Barca baru umpama final.. haha..

    ReplyDelete
  5. kt rumah nie ada peminat setia arenal....

    ReplyDelete
  6. Arsenal menang semalam.... Apapun Nice game... Peminat Barca jgn kecewa.. hehe Van Persie is the best..:)

    ReplyDelete
  7. BARCA kalah awal pagi tadi, apa pun tahniah Arsenal, dua peggerak utama bermain baik, Fabregas dan Jack. Terbaik!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...