Di sebuah negara di utara Afrika, yang mana kebebasan media dan rakyat disekat oleh kerajaan diktator yang sudah memerintah lebih 23 tahun, muncul cerita seorang anak muda yang gigih mencari sesuap nasi.
Kadar pengangguran kian meningkat seiring harga barangan yang melambung mendadak, ramai graduan yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan cuba mencari rezeki dengan usaha sendiri.
Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.
Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.
Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-
"Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan."
17 Disember 2010, Bouazizi telah membakar dirinya dengan satu tin minyak petrol. Seterusnya beliau dikejarkan ke hospital di ibu negara Tunis dan bertahan sehingga 4 Januari 2011, dan disahkan meninggal dunia.
Apakah kesan daripada tragedi Bouazizi membakar diri ini?
Sebenarnya setin petrol itu jugalah, yang telah membakar kemarahan seluruh rakyat Tunisia kepada presiden dan isterinya, Ben Ali dan Leila Trabelsi yang selama 23 tahun telah menyalahgunakan wang rakyat.
Kerajaan Tunisia cuba mengawal kerosakan yang berlaku, dengan menurunkan harga barang-barang keperluan, selain janji Presiden Ben Ali untuk tidak lagi bertanding pada pilihanraya presiden yang dijadualkan pada 2014.
Namun, segalanya sudah terlambat, beribu-ribu rakyat semakin membanjiri kawasan pejabat kerajaan dan di tengah-tengah kekalutan itu, Ben Ali dan Laila lari dari Tunisia, bercadang untuk ke Perancis, namun terpaksa bertukar haluan ke Arab Saudi yang sudi menerima Ben Ali, sama seperti kisah Idi Amin beberapa tahun dahulu.
Anak muda Tunisia memberikan semangat baharu kepada politik Tunisia.
Azhan: Apakah ada anak muda Malaysia sanggup bergadai nyawa untuk menuntut keadilan? Atau bergadai badan dan maruah untuk keseronokkan nafsu sahaja...
sungguh terharu apa yg terjadi d tunisia n seandainya pekara ini berlaku d malay sia sudah lama umno bn bungkus tapi susah kejadian seumpama ini hendak berlaku d malaysia kerana orang melayu masih d perbodohkan oleh pemerintah yg zalim
ReplyDeletesemuanya memerlukan pengorbanan besar..
ReplyDeletesadis...sungguh tragis.
ReplyDelete