Pages - Menu

30.1.11

Kebangkitan Tunisa Menjatuhkan Presiden Zainal Abidin Yang Zalim

1. Empayar Turki Uthmaniyyah telah menguasai kawasan Afrika Utara pada abad ke-16 dan telah membina sebuah pentadbiran yang stabil di situ. 


2. Ke­damaian dan keselamatan yang sebenar di Tunisia bermula pada tahun 1547 apabila Turki Uthmaniyyah mula memerintah.

3. Era aman damai ini ber­terusan sehinggalah berlakunya penaklukan oleh Perancis pada tahun 1881.

4. Perancis mendapati agak sukar untuk menyekat protes-protes dan juga untuk menghalang pemberontakan rakyat Tunisia yang dilengkapi dengan kesedaran Islam yang kuat. Kemudian Perancis melantik seorang lelaki yang boleh dipercayai bagi mengetuai kerajaan boneka itu: Habib Bourgiba.

5. Sewaktu zaman mudanya, Habib Bourgiba menentang pentadbiran kolonialis Perancis dan bercadang untuk mendapatkan populariti dengan cara tersebut. Beliau malah telah memasuki penjara selama beberapa kali, dan cuba untuk me­non­jolkan imej sebagai seorang hero popular dengan melarikan diri dari Tunisia ke Kaherah. Sekembalinya ke Tunisia, beliau cuba untuk mempengaruhi rakyat supaya memberontak tanpa ada sebarang sebab,


6. Apabila pendudukan Perancis berakhir pada 1956, beliau menjadi wakil Perancis di negara tersebut.

7. Habib Bourgiba telah menjadikan Tunisia bergantung kepada Perancis dari segi budaya, ekonomi dan politik. Malah kekayaan Tunisia turut dipindahkan ke Perancis.

8. Beliau tidak memberikan keutamaan kepada umat Islam Tunisia, sebaliknya memberikan keutamaan tersebut kepada French Great Lodge.

9. Tindakan pertama Bourgiba adalah menukar sistem pendidikan dan undang-undang yang serupa dengan Perancis.

10. Beliau telah menjadikan masjid berada di bawah perhatian yang sangat rapi dan melarang melakukan solat di luar waktu-waktu yang tertentu.

11. Menutup institusi-institusi pendidikan, bermula dengan Universiti Zaytuna yang menjadi simbol Tunisia selama ini (seperti University al-Azhar ketika ini)

12. Pada Bulan Ramadan yang mulia. Ketika itu, beliau telah muncul di kaca televisyen dengan segelas minuman di tangannya dan telah menghalang rakyat dari berpuasa, dengan alasan “ia melembapkan perkembangan negara dan kemajuan pekerjaan.”

13. Habib Bourgiba mahukan jemaah haji pergi ke Kairawan, iaitu bandar suci Maghribi, dan tidak pergi ke Makkah, kerana perjalanan ke Makkah melibatkan kos yang lebih tinggi.

14. Menyokong Perancis yang menentang Algeria, dan melarang rakyat Tunisia dari melakukan solat untuk rakyat Palestin yang mati syahid, ataupun membincangkan tentang Intifada.

15. Beliau telah memerintah Tunisia dengan kuasanya sendiri selama 31 tahun, sehinggalah 7 November 1987 apabila beliau disingkirkan olehPerdana Menteri Zein Al-Abidin.

16. Zein Al-Abidin menyingkirkan Bourgiba dari tampuk kekuasaannya melalui sebuah rampasan kuasa, telah membebaskan beberapa orang tahanan politik.

17. Setelah berjaya mengukuhkan kekuasaannya, beliau mula mengimplementasikan polisi-polisi menindas yang serupa.(menyerupai Mustapha Kamal attartuk).


18. Kemudian, Tunisia masih memiliki struktur antidemokratik di seluruh kawasan tersebut.

19. Pada 14/1/2011, setelah 24 tahun ditindas, kebangkitan rakyat Tunis(revolusi) akhirnya melucutkan kuasa Presiden Zainal Abidin b. Ali yang cabut lari bersama ahli keluarganya meninggalkan negara.

20. Antara tokoh perlu kita kenali ialah Asy-Syeikh Abdul Rashid Ghannushy (1980), yang bertanggungjawab meniupkan semangat dan membangkitakan ruh perjuangan rakyat Tunisia.

21. Beliau merupakan ketua pembangkang Gerakan Islam yang akhir bertukar nama kepada Hizbu al-Nahdah.

22. Walaupun banyak terkesan dengan pemikiran Syed Qutb dan al-Maududi, beliau memperkenalkan partinya sebagai Moderate Islamist.

23. Majalah Al-Fajr dan Stesen Televisyen El Zeitouna adalah antaramuasasah di bawah al-Nahdah.


"Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang-orang yang menghalang menyebut nama-nama Allah di dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat." (Al-Baqarah, 2:114)
Rujukan: Harunyahya dan blog Ust Halim Abdullah

3 comments:

  1. "pemberontakan rakyat Tunisia yang dilengkapi dengan kesedaran Islam yang kuat"

    kesedaran Islam yang kuat...rasanya itulah dia kata kunci yg diperlukan pd masa ini. InsyaAllah di Malaysia juga pasti. Cuma menunggu masa.. :)

    ReplyDelete
  2. @Finaz: benar tu, insyaAllah, rakyat Malaysia mampu bangkit atas dasar ilmu.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...