Pages - Menu

29.1.11

Liga Super: Tahniah Kelantan! Skuad Kedah Masih Mencari Rentak.


Salam untuk semua, moga sihat dan ceria ('',)
Tahniah Kelantan berjaya mencipta sejarah memenangi Piala Sultan Ahmad Shah sebagai perlawanan pembuka tirai Liga Super Menentang Selangor! Pemain Kelantan mantap di setiap posisi, ramai berpengalaman luas dan berbakat besar. Kepada peminat fanatik Kelantan jangan buat hal lagi musim baharu ni ya.hehe. Teruskan sokongan anda ('',) 
KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut. Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi. {KOSMO}
Pasukan negeriku Kedah hanya mampu seri dengan T-Team semalam, masih gagal mencari ramuan ampuh untuk perlawanan pertama ini. Apa pun semalam ada pengalaman menarik yang tidak akan dapat dilupakan.hehe.  Sahabat2 nak tau apa? Jom tengok gambar dibawah...
Tq coach! Saya dan adik2 sempat bergambar dengan dua orang orang "kuat" Skuad Kenari, Coach Ahmad Yusuf dan Radhi Mat Din. Kenapa la gambar saya nampak gemuk dari lain...kena diet dah ni.hehe

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...