Pages - Menu

29.1.11

Bagaimana Menggunakan Akal Dengan Selamat?

Dengan akal sahaja seseorang itu tidak akan kenal Tuhannya. Kekuatan akal hanya sekadar tahu. Yang mengenal itu adalah hati. Lantaran itulah ramai ahli fikir tidak mengenal Tuhan, hanya sekadar tahu. Bahkan ada di kalangan mereka. yang tidak percaya wujudnya Tuhan. Hati atau jiwa itulah hakikat diri. Kalau hati atau jiwa tidak mati atau buta. Ia mampu mengenal Tuhan secara hakiki. Bahkan rasa bertuhan sentiasa hidup di dalam jiwa. Rasa itu akan dibawa ke mana-mana. Kerana itulah hati dikatakan raja di dalam diri. Akal hanya sekadar penasihat sahaja. Raja sudah tentulah orang yang paling cerdik. Kerana itulah ia mampu mengenal Tuhannya. Kecuali hati atau jiwa telah mati atau buta. Dibutakan atau dimatikan oleh akalnya sendiri. Makin cerdik akal, makin cepat buta atau mati jiwanya. Jika mengabaikan hati atau jiwa. Akal hanya menyuluh tapi hati atau jiwa menentukan. Akal hanya memberi panduan tapi hati meyakinkan. Kerana itulah semua anggota badan biar berfungsi. Dia akan menguatkan satu sama lain. Jangan hanya akal sahaja berfungsi hati atau jiwa diabaikan.


Sebelum kedatangan Islam, sebelum lahirnya RSAW manusia terlalu memuja nafsu dan akal, dari orang besar hingga orang biasa sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal. Sebab itu sebelum lahirnya RSAW, sebelum lahirnya Islam orang cerdik pandai ini terutama berlaku di Rom dan Parsi, lahir ahli-ahli falsafah atau filosof-filosof seperti Aristoteles, Socrates, Plato. Mereka ini sangat menggunakan akal fikiran, mereka ini menganggap akal fikiran itu Tuhan. Mereka sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan baik buruknya sesuatu hal atau perkara. Itu bagi orang yang cerdik-cerdik. Tapi bagi orang-orang biasa dan orang bawah, mereka banyak menggunakan nafsu.
Waktu itu banyak lahir ahli-ahli falsafah, terutamanya orang-orang Eropah, dimana falsafahnya sangat bersifat teori dan utopia, tak bersandar ke langit dan tak berpijak di bumi. Di zaman moden ini dari orang-orang Eropah lahir ahli-ahli falsafah juga tapi agak berpijak ke bumi, lahir saintis-saintis iaitu ahli-ahli sains. Teori-teori dari ahli-ahli sains ini sebahagiannya dapat diamalkan, dimanfaatkan oleh manusia.
Tidak seperti ahli falsafah sebelum Islam dulu, dimana falsafahnya bersifat teori dan utopia. Nampaknya filosof-filosof dahulu kalau dikaitkan dengan Islam tak begitu bahaya. Kecuali orang yang bukan Islam. Tapi bila sampai zaman moden lahirnya filosof yang berpijak di bumi iaitu ahli sains, apa yang diterokai dapat dibuktikan dan dimanfaatkan manusia. Satu segi manusia dapat manfaat, orang Islam pun dapat manfaat sama. Tapi dari sudut lain sangat halus bahayanya bagi umat Islam. Kerana sains itu dapat sangat memberi manfaat pada manusia termasuk umat Islam maka falsafah ini sangat mempengaruhi umat Islam. Kalau tidak berhati-hati sangat merosakkan aqidah umat Islam.
Memang dalam ajaran Islam, tidak menolak sama sekali akal. Tuhan pun banyak menyebut dalam Qur’an  “Mengapa kamu tak gunakan akal”, “Mengapa kamu tak berfikir”. Itu menunjukkan Islam menyuruh manusia menggunakan akal juga. Tapi kalau tak berhati-hati, akal itu diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, tak bertunjangkan iman, mungkin boleh membawa pada syirik, syirik moden. Kalau sembah berhala, sembah patung, itu syirik kuno. Ulama-ulama pun faham memang itulah ilmunya. Tapi syirik moden ini ramai yang tidak faham. Padahal syirik moden ini umat Islam sudah terperangkap. Tapi ulama-ulama tak faham jadi mereka anggap itu tak syirik, tak sesat. Ulama-ulama sekarang hanya nampak syirik kuno saja.
Apa jalan keluar bagi umat Islam agar tidak menolak akal dan dapat menggunakan akal dan selamat, tidak syirik. Jangan pula takut sangat dengan falsafah, langsung akal ditutup, Umat Islam nanti jadi jumud, jadi beku. Tapi kalau akal dibesarkan sangat ataupun diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, nanti jadi syirik. Apakah jalan selamat bagi kita umat Islam menggunakan akal tapi Islam juga dapat dipertahankan? Kita akan bahaskan secara falsafah.
Bagi umat Islam yang tak dapat elak gunakan akal, supaya dia amalkan ajaran Islam itu maju, terbuka, tak jumud, kalau kita hendak gunakan akal, hendak jadi filosof atau minat dengan falsafah ada beberapa syarat atau panduan yang kita kena tempuh iaitu;
1. Fahami dan perlu mahir tentang tauhid, syariat dan akhlak
Sesiapa yang ada akal, hendak menggunakan akal secara semaksimum mungkin, mesti mendalami Islam dulu samada usuluddin, syariat atau ilmu akhlak. Supaya kita mahir dan faham tentang pantang larang dalam hal tauhid, feqah, dan akhlak. Ini sebagai neraca untuk dapat kita mengimbangi ilmu falsafah. Supaya kita gunakan falsafah, gunakan akal tak tersesat. Kalau 3 hal ini tak faham, tak selesai maka kita akan rosak. Akal akan jadi Tuhan.
2. Fahami bahwa akal itu mahkluk, akal itu lemah
Mesti kita faham akal itu mahkluk. Bila dikatakan mahkluk, ia ciptaan Tuhan. Bila ciptaan Tuhan artinya bukan Tuhan. Kalau dia bukan Tuhan, Allah itu Tuhan, takkan setanding. Takkan kita sama-kan akal dengan Allah. Kalau begitu, akal itu lemah. Yang tak lemah itu Tuhan, Allah. Kalau lupakan bahawa akal itu lemah, manusia akan rosak.
3. Fahami bahawa kemampuan akal terbatas
Rupanya akal itu kalau ibarat lautan nampak tak bertepi. Itu menurut mata lahir. Yang sebenarnya akal itu bertepi, cuma mata lahir tak nampak. Kalau orang yang puja akal, dia anggap akal itu luas tak bertepi. Sebenarnya akal itu bertepi seperti laut. Ibarat laut ada tepi, tapi mata tak nampak. Kalau ada tepi mestilah ada border. Kalau orang yang pakar laut. Agak-agak dapatkah dia teroka laut semua? tentu tidak. Sudahlah laut itu bertepi, kalau teroka pun dapat kerang dapat ikan saja, tak semua khazanah laut dapat. Sudahlah laut itu sempit, yang diperolehi juga lagilah sempit. Jadi kalau begitu, kalau laut itu bertepi, orang pakar laut cari khazanah lautpun dapat sikit. Begitu juga orang yang guna akal. Sudahlah akal itu bertepi, kalau orang guna akal saja pun dapatlah sedikit. Boleh hanya dapat ikan dan kerang saja. Jadi akal sudahlah bertepi, jika gunakan akal saja, sikit saja boleh dapat. Jadi tak mungkin manusia boleh bertuhankan akal, tak mungkin manusia dapat gunakan akal untuk tentukan mana yang baik dan mana yang tak baik.
4. Konsep ‘sebab akibat’ bercanggah dengan konsep Islam
Mengikut sistem akal, atau sistem ilmu falsafah, untuk menentukan betul atau tidak, adalah melalui sistem ‘sebab dan akibat.’ Bila ada sebab, ada akibat. Bila lahirkan sebab ada natijahnya. Bila lahirkan sebab ada hasilnya. Itulah dia konsep sebab dan akibat. Inilah yang dipakai ilmu falsafah, bila ada sebab ada akibat. Contohnya;
• bila orang itu jaga badan, makan ubat, ‘exercise’ selalu, makan benda yang berzat, makan ikut ‘time’ untuk jaga kesihatan. Akibatnya tentu jawabannya sehat. Tapi realitinya banyak orang tak sehat. Berapa orang yang jaga kesihatan tapi tak sihat. Nampaknya teori falsafah itu ternafi, sistem itu ternafi.
• orang yang rajin belajar baca buku mentelaah, tok gurunya pun mendampinginya. Itu sebab sahaja menjadikannya pandai. Tapi berapa banyak yang tak pandai. Cuma biasanya pandai. Tapi tak mutlak, sistem ternafi. Sistem ‘sebab akibat’ itu bukan Tuhan, bukan penentu. Jadi kalau kita ceritakan sebab lalu dia mesti jadi begian, sebenarnya tidak.
• yang banyak bekerja adatnya kaya. Tapi kenyataannya berapa orang yang gigih bekerja tapi tak kaya.
Kalau begitu nampak oleh kita usaha itu seolah-olah kita ada daya, seolah-olah itu perbuatan kita. Padahal tidak demikian. Tuhanlah yang tentukan. Sebab usaha itu juga Tuhan yang tentukan. Sebab itu ada yang gagal ada yang berjaya. Kita fikir usaha kita dan tenaga kita dan hasilnya dari kemampuan kita.
Sebenarnya bukan begitu. Yang sebenarnya usaha itu sendiri Tuhan yang aturkan. Sebab itu ada yang berjaya ada yang tak. Kadang-kadang ada yang usaha sikit, tapi kaya dan yang usaha banyak pula papa. Itu menunjukan usaha itupun dari Tuhan. Kita rasa manusia ada daya. Sebab itu usaha itu tak mutlak, ada yang berjaya ada yang tak berjaya. Sebab itu menurut keyakinan umat Islam, Tuhan suruh usaha yang halal dengan niat kerana Tuhan, untuk diberi pahala oleh Tuhan. Bukan untuk hasil. Bukan usaha itu mutlak dapat hasil 100%. Tuhan suruh itu untuk dapat pahala saja. Jadi ertinya usaha dan keupayaan itu dari Tuhan. Contoh, walaupun seseorang ingin sangat berusaha, tapi kerana dia sakit, maka dia tak boleh buat usaha. Jadi ada waktu-waktu usaha kalau Tuhan tak bagipun kita tak boleh buat.
5. Taqwa adalah usaha bersifat maknawi
Disinilah Tuhan menetapkan kita usaha untuk lahirkan sebab. Walaupun gigih sampai tak tidur malam, usaha lahir bernilai 10%. Taqwa itu kebanyakan umat Islam tak anggap sebagai usaha. Tapi disisi Tuhan Taqwa adalah usaha yang bersifat maknawi, bersifat tesirat, bernilai 90%. Gabungkan dengan usaha 10% supaya jangan tak guna akal langsung supaya umat Islam tak jadi beku. Tapi umat Islam tak anggap taqwa itu usaha, Ulama pun kata bukan usaha. Ulama pun sudah jahil, dia anggap hanya guna tangan itu usaha. Taqwa adalah usaha maknawi rohaniah yang mendatangkan bantuan besar dari Tuhan. Kalau usaha lahir mana boleh lawan Amerika. Yang 90% dia dah buang, tinggal 10%, bagaimana boleh mendapat kejayaan?
6. Bersandar hanya dengan akal, menjadikan manusia tak tahan uji
Samada ahli falsafah kuno mahu pun moden, ahli sains yang gunakan akal sahaja, ertinya tak bermasyarakat tapi orang tak pernah komen tak ‘mainstream’ tapi kerana dipuja orang, tak cacatlah, sebenarnya mereka duduk sahaja guna akal. Apa terjadi? ahli sains sudahlah tak ‘mainstream’, dia gunakan akal, dia anggap hidup tak ada ujian, dia anggap bila guna akal, akal dapat ditajamkan, semua boleh selesai dengan akalnya. Tapi dia tak fikir dalam hidup ini ada ujian-ujian. Kadang-kadang sakit, kadang-kadang orang kata, kadang-kadang bencana alam, dan lain-lain. Bila bencana alam, dia akan gunakan akal untuk fikir bagaimana supaya tidak berlaku, bila sakit dia fikir bagaimana supaya baik. Fikir, duduk termenung saja (tak bertindak, tak cari ubat) sebab itu banyak ahli falsafah akhirnya jadi bodoh, akhirnya kecewa berhadapan dgn keadaan, akhirnya putus asa, bunuh diri.
Jadi itulah panduannya, ilmu ini umat Islam mesti ada terutama ulama.  Kalau ada ilmu dan amalkan panduan-panduan ini, Islam akan nampak sangat cantik. Umat Islam akan jadi progresif dan tak syirik dengan Tuhan, tapi hari ini ulama-ulama pun apa-apa hal gunakan akal. Hal dadahpun gunakan akal, hingga timbul isu kondom, jarum, seolah-olah akal adalah segala-galanya yang boleh selesaikan masalah.

1 comment:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...