KUALA LUMPUR 30 Dis. – Persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gol kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Timnas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia. Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.
“Terima kasih kerana mengembalikan ‘keseksian’ dalam bola sepak Malaysia,” kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.
Azhan: Gempak betul Apex ni....hehe
diharap jangan hangat-hangat tahi ayam je skuad kita nih
ReplyDeletehebat3X...moga pasukan msia terus suksess....
ReplyDelete@solehan: itu lah kan, depa ni kena konsisten :)
ReplyDelete@nza: insyaallah, semangat bola dah kak pun :)
haha.. gila btoi! mmg fenomena!
ReplyDeletedie mmg gempak!hihi..
ReplyDeletehttp://syaiza189.blogspot.com/2010/12/penangan-khairul-fahmiblog-elia-makin.html
abe fahmi come..
ReplyDeletehehe
Malaysia boleh! =D Tp perjalanan masih jauh. Aku harap berjye nnti.
ReplyDelete