Pages - Menu

30.12.10

Perhatian Untuk Orang2 Kedah dan Selangor! Sambutan Ambang Tahun Baru 2011

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Untuk rakyat Kedah Sejahtera...jom pakat2 mai no ('',)


Seluruh lapisan rakyat negeri ini, khususnya warga Sungai Petani beruntung kerana sekali lagi berpeluang bergembira dengan acara Ambang Sejahtera bagi menunggu detik 12 malam menjelang tahun baru 2011 yang akan diadakan di Dataran Jam Besar Sungai Petani.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak bersama barisan exconya serta Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan akan hadir bersama rakyat meraikan majlis tersebut.

Pada jam 5 petang orang ramai akan dapat menyasikkan persembahan sepakraga ratus yang terdiri daripada 300 orang dan pertunjukan seni mempertahan diri pelbagai kaum yang terdapat di negeri Kedah ini. Selain itu, para peminat bola sepak jangan lepaskan peluang melihat aksi perlawanan persahabatan antara Skuad Liga Super Kedah melawan Skuad Piala Presiden Kedah.

Pada sebelah malamnya pula diadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum seperti gendang harmoni, tarian singa dan tarian merak. Persembahan kebudayaan ini juga dimeriahkan oleh Mel bekas vokalis kumpulan Wings dan Paklong.

Di samping itu para hadirin akan didedahkan dengan maklumat terkini serta pembangunan negeri Kedah dengan tayangan multimedia ‘Pencapaian Kedah 2009-2010’ selama empat minit. Manakala acara kemuncak ialah tembakan bunga api selepas jam 12 malam.

Acara dimulakan seawal 8 pagi dengan persiapan gerai jualan dan pertandingan memasak dan gubahan bunga. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai boleh hubungi Puan Jamaliah Omar di talian 019-4161263. Manakala bagi ibu bapa yang ingin anak-anaknya mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna dan melukis boleh hubungi Ustaz Ridzuan Jaafar di no 012-469296.

Untuk rakyat Selangor pun ada, bertempat di I-City Shah Alam ya...

 


Program Anjuran Persatuan Ulama Malaysia


Program himpunan 1,000 jiwa 1 hati anjuran JIM, JAWI, Raudhatus Sakinah dan Masjid Negara bermula jam 3.30 petang hari Jumaat 31 Disember 2010 hingga pagi 01 Januari 2011. Antara pengisiannya, program Talk Show, ABJZ Show, Qiamullail Perdana dan Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP) melalui unit LANDAS akan mengadakan Outreach Dakwah mendekati remaja dengan penuh kasih sayang, berhemah dengan penuh hikmah di sekitar Dataran Merdeka dan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur menjelang jam 12.00 tengah malam. Aktivis Dakwah yang berminat sila berkumpul di Masjid Negara pada jam 11.00 malam pada 31 Disember 2010.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Ustaz Yusri Yusof
Setiausaha Kerja PUM WP
013-6295605


OPS SAYANGI REMAJA TAHUN BARU 2011 MASIHI

Ops Sayangi Remaja Tahun Baru 2011 Masihi. Aktiviti menasihati remaja di malam tahun baru akan mengumpulkan seramai 1,000 orang aktivis dakwah lapangan anjuran Urusetia Menangani Gejala Sosial Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang. Berkumpul di Taman Tun Dr. Awang, Pantai Bersih jam 7.00 malam tanggal 31 Disember 2010. Sebelum bergerak, akan di adakan taklimat dan pendekatan dakwah secara berhemah dengan penuh hikmah serta kasih sayang.

Sebarang maklumat boleh hubungi :
Nurfitri Amir Muhammad 013-7069509
PSU PUMPP

4 comments:

  1. @new hope: berhibur mengikut batasan syarak :)

    @ismi: ada masa jgn lupa sertai :)

    ReplyDelete
  2. eden org SP tapi lono dok di kmpg d Jitra hhuu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...