Pages - Menu

30.12.10

Program Realiti Yang Merosakkan Siri 2

 Gambar hiasan semata-mata

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Menangis kerana menang, menangis kerana kalah. Ini bukan cerita bola sepak ya.hehe. Tapi suasana yang sinonim dalam apa pun program realiti TV. Yang lebih mantop lagi, lelaki perempuan berpelukan sana sini, terloncat2  dan berjoget2 mengalah penduduk hutan dan rakyat di zoo. Rasanya "mereka" kelihatan lebih bertamadun.hehe. Entri Program Realiti Yang Merosakkan pernah dibicarakan pada entri yang lepas KLIK

Saya sebenarnya lebih kasih pada kanak-kanak, kelihatan tumbesaran mereka teraniaya malah sangat terpesong. Perkembangan minda dalam suasana yang tidak sihat sebenarnya mengancam rohani mereka untuk terus rosak. 

Apabila bercakap soal remaja, semua  orang pasti merungut, tak kurang yang marah2 bengang. Tapi yang menghairankan, mereka yang merungut dan marah2 ni...tertipu atau ditipu...

Dalam tak sedar, mereka juga yang seronok riang dengan terus memberikan sokongan padu pada lubang2 maksiat seumpama ni? Yang mengundi, yang promosi dalam blog, tidak kurang yang berdebat2 soal ni pun ada. Semuanya matlamatnya satu. Sebagai tanda sokongan. Seperti ludah di muka sendiri!

Moga tahun baru, bermula azam baharu...moga kita semua diberikan hidayah dan petunjukNya ('',) Jom sama2 bermuhasabah.

9 comments:

  1. salam..first time komen...budak2 ni kesinambungan dari mak bapak yang tak berjaya jadi penyanyi mase muda...

    ReplyDelete
  2. bro azhan..saya jugan kasihan melihat..anak kecil2 ni..yg comel2 menjadi mangsa hiburan..diorg mmg suke..kerana mereka seronok bertemu kawan2..tapi dari side line diorg tak tahu kerana tidak di beritahu bertapa pembesaran diorang penuh dengan kezaliman pada diri sendiri..

    andai di ajar..pasti mereka tahu..tetapi benda ini tidak diberitahu sehinggakan mereka sendiri lalai dgn dunia.

    ReplyDelete
  3. @tq bro mae sudi tggal komen pertama :) blog mae mmg sempoi.ala2 rock skit.berbeza dgn isi blog

    semua nak melalak, susah jg kan.hehe.rosak anak2.

    ReplyDelete
  4. @immukmin: btl tu bro, kesian bdk2 ni, mereka ni cepat belajar, apa yang disuap, akan dikunyahnya. Kalau elok makanan tu, elok lah tubuh badan mereka.

    ReplyDelete
  5. pepatah melayu mengatakan "melentur buluh biarlah dari rebungnya..." tapi nak buek camno yang melentur tu pun tak cukup lentur...:)

    ReplyDelete
  6. @apple hijau: itu lah, kalau dah tua2 ni susah sikit kan.apa pun cuba jg utk berubah :)

    ReplyDelete
  7. mmg sgt xsetuju bila kanak2 sekolah dijadikan bahan utk ibu bapa meraih keuntungan cpt.......sedih dgn keadaan skrg..ibu bapa brbangga dgn anak2 camni sdgkn ilmu yg menjamin masa dpn mrk.....

    ReplyDelete
  8. alangkah bagusnya, kalo mereka promokan lagik pertandingan macam tilawah al- quran,nasyid,berzanji peringkat budak2 ke. kan bagus. ni lagi mau promo benda2 macam ni. idop melayuuuu! :(((

    ReplyDelete
  9. @nza: itu lah kak, sy pun pening. tu bdk2 sekolah tanya ja cita2 nak jdi penyanyi...pengaruh btul

    @cikmaira: kesian anak2 melayu, baca quran pun dah tergagap2

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...