Pages - Menu

30.12.10

Sambutan Tahun Baharu 2011: ‘Musim Mengawan Anak Haram’ ?

Salam untuk semua, moga dirahmatiNYA ('',)
Oleh: ustnik
“2011 Serba-salah. Jika ustaz dan ulama melarang menyambut tahun baharu dikatakan jumud, ekstrim. Bila dikatakan kalau nak sambut tak payahlah konsert haram, cukup dengan solat hajat atau baca Yaasin dikatakan Nabi tidak buat.
Kalau dikatakan, sambutlah kerana ia adalah sebagai satu semangat kenegaraan, maka akhirnya apabila bayi dibuang, masalah remaja kronik, yang menerima penangan ialah ulama lalu dikatakan: ‘Apa yang ulama buat?’ Namun, seperti sudah satu budaya saban tahun, sambutan tahun baharu mesti diadakan. Kalau tak dibuat, ‘berdosa’ kepada negara agaknya.
Benar. Nabi SAW tak pernah buat dan tak pernah menganjurkan demikian. Budaya yang kita warisi ini entah dari mana datangnya. Apabila Tsunami merempuh Acheh 6 tahun lepas, kita insaf sekejap. Kita tiadakan sambutan awal tahun kerana meraikan derita penduduk Acheh. Boleh pulak tak sambut tahun baharu? Ertinya tahun tak buat sambutan tahun baharu itu ‘berdosa’ lah kita ya? Bila Tsunami tiada, insaf kita hilang. Ertinya nak kena Tsunami dahulu baharu insaf?
Jangan begitu. Keadaan aman tenteram, damai yang dikurniakan Allah janganlah menjadi istidraj untuk berpesta dan bersambutan tak tentu kalu (kata orang Terengganu). Yang padahnya selepas membuat kiraan ‘countdown’ 10, 9, 8, 7,… tepat jam 12 malam, sepuluh bulan lagi kita akan mengira 1, 2, 3…100 orang bayi baharu lahir dan dibuang.
Apa yang untung, apa yang rugi? Selagi tidak kembali kepada fitrah dan Islam yang memandu, dengan negara diterajui pula oleh para fusaqa’, maka Tsunami akhlak tetap melanda. Akhirnya, apa alternatif untuk sambutan tahun baharu ini?
Azhan: Kepada sahabat2 yang disayangi, elakkan terjebak dalam gejala ni ya...jangan campak diri kita dalam kebinasaan.

13 comments:

  1. mcm tu la nmpaknye..
    slalu nye smbutan2 camni la mngalakan jadi mende2 camni..

    ReplyDelete
  2. haha.. wat konsert nak.. dah tu sibuk ckp baca yassin n doa tu haram.. rasanya lbey baik berdoa drp tgok konsert..

    ReplyDelete
  3. happy new year 2011 to you too.. may the love and prosperity always be with you and your family.. =)

    ReplyDelete
  4. sambutan tahun baru dan hari memperingati kekasih memang meriah dengan aktiviti tu.. laporan kes buang bayi takkan berkesudahan..

    ReplyDelete
  5. Inilah bala kerana Malaysia diperintah oelh orang yang bukan Ahlinya............

    ReplyDelete
  6. tahu tak..
    malam ni ada banyak ceita hantu yang ditayangkan sempena
    'myambut tahun baru'
    saya nk tgok tv mlm ni
    tp bukan crita hntu la

    me xlayan cerita hantu..
    hehehe..

    jom2..
    ohya..
    Harimau Malaya pun ada nt dlm tv dlm jam 10.30
    smpena smbut hun baru

    ReplyDelete
  7. salam.

    setuju.sambutan taun baru nih tak keterlaluan kalau cakap macam dah jadi pesta sex pulak!

    moga sama2 muhasabah diri. :)

    ReplyDelete
  8. Cukuplah dengan sambutan yang sederhana.

    ReplyDelete
  9. Buat apa yg patut je. Jgn lebih2 kan. =D Apa2 pun, moga baik2 sumenya. May ALLAH bless us.

    ReplyDelete
  10. @zati: nak elak semua ni, elak puncanya kan :)

    @solihin: ust kamalanathan kata ok konsert.hehe

    @pauline: happy new year 2011 to you too

    @nora: ('',)

    @wahida: Malaysia kan boleh.hehe

    @naim: pemimpin lebih suka rakyatnya semakin "haram" nilai

    @puteri: semangat bola nampak.hehe

    @hanisah: pesta utk orang Melayu?

    @syed ahmad: sederhana tafsiran umno berbeza rasanya.hehe

    @ADAM: setiap tahun lebih2 ja tgk.hehe

    ReplyDelete
  11. Biasalah sambutan tahun baru dan malam merdeka! , perasan tak kebanyakkanya 9 bulan selepas 2 malam itu kes buang bayi menjadi-jadi...

    ReplyDelete
  12. @iaryylr: 9 bulan nanti kita tunggu sama2

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...