Pages - Menu

27.12.10

Sinaran laser lemah tidak jejaskan pandangan mata - Pakar

 
Sinar keimanan ka ni.hehe. 

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

 

Agak kecoh, dua negara masing2 saling tuduh menuduh, perang cyber hebat. Laman tempur twitter dan FB.hehe Mak saya cakap tadi, kalau lawan kat Indon bahaya, depa ni pakai ilmu bomoh.hehe. Bukan takat laser, puak2 ni byk ilmu hitam. tak tau lah, andaian ja. 

 

Apek (Khairul Fahmi) lepas ni kena pakai spek mata hitam  la time lawan kat Indon nanti, mungkin macam2 warna laser akan suluh mata dia.hehe. Ok lah, di bawah ni ada disiarkan satu artikel tentang laser, kajian oleh seorang pakar optometris...lepas baca maksudnya tidak perlu lagi wujud spekulasi laser ganggu perlawanan. Kalau kalah tu terima ja la kan.hehe. Riyak pula ni...hehe.bangga sebenarnya ('',)

 

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris. Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang, Dr Zahimi Chik berkata, sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.


"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat. "Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti “laser pointer” yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia. Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna. – Bernama

4 comments:

  1. heheeh...mmg risau gak..malaysia main kan sane nnt..semoga semua cabaran dipermudahkan Allah..insyaAllah..amin ya rabb

    ReplyDelete
  2. dah agk daa...
    mmg nmpak sgt laser tu xde kesan..
    dr most vdeo yg sy tengok pun pemain2 yg kne laser tu leh je main..
    ~alasan..
    bse la..
    mmg macam2 ckp..

    ReplyDelete
  3. err..semoga kita berjaya jugak time lawan kat sana nanti =)

    ReplyDelete
  4. @immukmin: harap cmtu lah.hehe

    @zati:ya, alasan puak2 ni ja kan. dah kalah cmtu la

    @asyfiqaz: pasti menang! yeah.hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...