Hari ni mud kurang baik sikit untuk post entri2 untuk dikongsikan, cuma habiskan masa lepak blog sahabat2 saja. Hanya sempat jenguk2 beberapa blog, hari pun dah lewat malam, esok awal pagi perlu terus ke kampung, urusan kenduri kendara.Sentuh bab kenduri ni, dah ada trend baru, trend kenduri sekarang pun dah berbeza, dah jarang kenduri dibuat secara pakatan memasak, sekarang banyak tempah catering2 saja. Esok kena lah tolong2 makcik2 pakcik2 masak, bukan tau apa pun ni.hehe
Mud ni terganggu lepas baca beberapa entri, terutama isu2 Syiah dan wahabi. Mungkin rasa risau saja tengok gelagat2 ni. Rasa risau apabila ramai anak2 muda sekarang mudah terpengaruh dengan fahaman2 begini, kawan2 saya pun ada ja yang sesat, tiba2 keluar hukum hakam itu ini. Kalau rasa ilmu tak cukup jangan memandai2 bro. Diam2 sudah.
Beberapa pemerhatian singkat, kelihatan mereka terasa sombong dan saling menghina orang yang tidak sependapat dengan dalil2 yang dibuat, saya pun singgah jap lepak blogger2 macam tu untuk baca2 sekejap. Bukan nak hina, bukan nak pertikai, kalau tak dak kelulusan dan ilmu yang betul2 arif rasanya tak perlu lah nak bahas2 sangat dengan dalil2 yang kadang2 saya rasakan mereka sendiri tidak tahu asbab nuzul dan selok belok ilmu hadis dan tafsir dengan mendalam. Hanya sekadar membaca buku, dengar2 cakap "orang", sambil membuat penilaian sendiri tidak cukup untuk anda membahaskan isu2 tersebut.
Dari segi adab ilmu itu sendiri sudah tidak ada, hanya masing2 berusaha untuk menang. Saya sendiri mengakui bukannya ahli bab ni untuk mempertikaikan mereka, tetapi mungkin risau melihat kesesatan yang semakin menjadi2. Kawan baik yang dulu sekepala sekarang dah lain macam. Semua dah dilihat depan mata, kesan menerima sumber ilmu yang bercelaru. Ok lah, stop dulu nanti merapu2 pula.hehe
Mohon maaf kalau ada pembaca yang keliru apa yang ingin disampaikan. Sekadar penulisan sebelum tidur.hehe. Salam untuk semua.
Imam Al Ghazali pernah berpesan kepada orang "awam": tuntut lah ilmu sekadar untuk amalan dirimu sahaja, jikalau terlalu byk maka akan wujud banyak perdebatan sia2. Masing2 berdebat atas dasar sombong dan ego dengan ilmu mereka.
=) terima kasih..atas peringatan...takut juga diri ini...hohoohho
ReplyDeleteEmmm.. sekarang kepala otak saya yg risau bila baca entry nih :)
ReplyDeleteBetul tu.. kalau tak betul2 arif, tak payah nak tambah2 lauk yg dah cukup masin.. :)
Bacalah dari sumber yg benar dan bukan dari sumber penghasut.
Padahal org yg waras dan berilmu tidak gemar bercakap atau berdebat kerana takut apa yg perkatai itu salah dan blh menyesatkan org lain.