Pages - Menu

16.12.10

Kenapa Aku Meninggalkan Syiah?

Salam untuk semua, moga dirahmati-Nya ('',)
Alhamdulillah syukur kerana saya baru sahaja selesai majlis akad nikah seorang saudara yang diakan di kampung. Hari dah lewat malam, saya sebenarnya seharian memikirkan untuk post entri yang sudah beberapa hari difikirkan supaya menjadi sedikit perkongsian untuk sahabat2 semua. InsyaAllah hari ni baru dapat sedikit kekuatan untuk membincangkan secara ringkas perkara yang  difikirkan ni. 

Bersempena dengan 10 Muharam, tarikh yang menjadi tarikh keramat untuk sebahagian besar umat Islam rantau Asia Barat yang berfahaman Syiah. Semalam kecoh satu tangkapan besar oleh JAIS yang menahan 200 orang yang berfahaman Syiah di Selangor. Sebenarnya puak2 Syiah di Malaysia sudah lama bertapak, banyak kawasan2 yang sedang giat menyebarkan risalah Syiah. Seperti yang sedia maklum, Syiah tersenarai antara fahaman yang sesat di Malaysia oleh JAKIM. Mohon maaf sekiranya ada dalam kalangan pembaca yang fanatik Syiah di sini. Saya menasihatkan diri saya dan sahabat2, kalau belajar kitab di mana2 masjid atau tempat2 pengajian, dinasihatkan mengenali dahulu siapa gerangan guru yang mengajar. Supaya ilmu yang disampaikan tidak menimbulkan kekeliruan pada kita.

Syiah mempercayai wujudnya Imam 13

Saya secara peribadi sedikit kecewa dengan penulis sastera terkenal, mungkin sahabat2 sendiri sedia maklum siapa, sekarang ni giat menulis isu2 berkaitan Syiah dalam blog beliau. Memang tidak salah sebenarnya, itu hak beliau, tetapi saya berpendapat ramai peminat2 novel beliau bukan dari kalangan ulama2 FIQH dan AQIDAH tetapi  masyarakat "awam" (tidak arif hal agama) seperi saya yang sentiasa mengikuti perkembangannya. Kenapa perlu sentiasa mengutarakan hal berkaitan mazhab secara keterlaluan, sehinggakan saya lihat timbul pelbagai perdebatan yang kadang2 tidak menimbulkan sebarang kebaikan kepada perpaduan itu sendiri tetapi kelihatan masing2 terus untuk menegakkan benang yang basah. 

Saya bukan arif tentang agama terutamanya ilmu2 FIQH dan AQIDAH ni kalau nak bincang dengan mendalam, sahabat2 kena rujuk ulama2 yang benar2 arif hal demikian supaya tidak timbul kekeliruan ya. Saya mengutarakan hal ni kerana saya lihat akan wujud banyak kekeliruan dalam masyarakat "awam" sekiranya isu2 sensitif ni selalu dibincangkan. Masing2 terus berhujah dengan hujah dan dalil2 masing. Kalau kamu Syiah, kamu ada hujah dan dalil dipersilakan untuk bertaqlid demikian. Rasanya tidak perlu mempersoalkan Aqidah Ahli Sunnah kerana Imam empat juga mempunyai dalil dan hujah masing2 bukan. "Setiap perbezaan pendapat itu rahmat bagi umatku". Kalau kamu selesa dengan gaya, pemikiran dan falsafah demikian, dipersilakan tetapi bukan menimbulkan kekeliruan. Kasihan pada masyarakat "awam" yang masih cetek ilmu untuk memahami sedalam itu.

Cuba kita renung2kan, masalah umat Islam yang murtad, masala remaja dan pelbagai jenayah masih bersepah2 merata tempat, pelbagai jalan dikempenkan untuk selesaikannya bukan? Kenapa tidak diberikan keutamaan kepada  masalah2 yang semakin parah ni, kenapa perlu mengutarakan isu2 mazhab? Saya tidak mahu berleter panjang hal ni.hehe. saya ingin kongsikan dengan kalian tentang sebuah buku yang ditulis oleh seorang Ulama Syiah yang sudah bertaubat, ulama ni keturunan Rasulullah. Beliau merupakan seorang anak kepada ulama2 besar Syiah. Beliau kembali berpegang kepada Aqidah Ahli Sunnah selepas mengetahui pelbagai kepincangan sebenarnya berlaku dalam mazhab Syiah dianutinya sejak turun temurun. Beliau hampir diugut untuk dibunuh kerana penerbitkan buku tersebut. Beliau adalah Syeikh Al Allamah Dr. Husain AL Musawi. 

drazizhanafi.jpg
kredit gambar Saifulislam.com!
Kenangan bersama Dr. Abdul Aziz Hanafi ketika mengunjungi kota London (1999)
Ust Hasrizal pernah menulis entri tentang beliau, LINK

Terjemahan Buku Syeikh Al Allamah Dr. Husain AL Musawi

Saya sertakan dengan link buku tersebut, jika sahabat2 berkesempatan boleh mencari buku tersebut di kedai2 buku berdekatan. Buku ni diiktiraf sendiri oleh seorang ulama Fiqh negara, Prof Madya Dr. Abd Aziz Hanafi, Dekan Syariah Kolej Universiti Insaniah Kedah. Beliau antara beberapa orang ulama negara yang berjaya memperoleh PhD dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang ilmu Fiqh dan Syariah. Semoga dengan sedikit panduan ni, sahabat2 memperoleh sedikit buah tangan bertandang ke rumah usang ni ('',). Saya memohon maaf kepada pembaca yang tidak senang dengan entri kali ni, sekadar penulisan kecil yang tidak ada nilai. Wallahua'lam.

Moga Allah merahmati dan memberikan hidayah pada semua ('',)

10 comments:

  1. nice entri...=)..nak sanggat tahu pasal fahaman syiah ni lebih mendalam..takut pada suatu hari nnt kita berdepan dgn golongan syiah...dan satu lagi..kita pun kene berjaga2 menghadiri kuliah agama..dimana2..skunk ni dunia dan tunggung terbalik..nauzubillahiminzaliq..
    ya Alla kekalkan kami di atas jalan Mu dan jalan Rasulullah s.a.w....insyaAllah

    ReplyDelete
  2. masih blur dengan fahaman syiah..
    nice share..

    :))

    ReplyDelete
  3. @immukmin dan nard: utk pembacaan lnjut boleh download buku tu ya :)

    ReplyDelete
  4. Syiah yang sesat? Sumber mana? ...Sabar dulu....
    Ada yang nak pelaris surat khabar.

    Pengikut Syiah di Gombak itu adalah Jaafariyah.

    Anda boleh mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat kalau anda tidak termasuk pengikut dalam 8 Mathahib yang diendorsekan dalam Deklarasi Amman.

    Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau Syiah Jaafari atau Syiah Zaidiah atau Ibadiyah sesat adalah menghina Deklarasi Amman yang di endorse lebih 500 ulama dunia, raja-raja Arab, Mufti-mufti termasuk menghina persetujuan DSAI, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman, Khairy Jamaluddin dll.

    Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Syiah Jaafari, Syiah Zaidiah dan Ibadiyah sesat adalah juga menghina fatwa yang dikeluarkan oleh Shaikhul Azhar, Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mufti Besar Mesir, Professor. Dr. Ali Jumu'a, Pengarah Majlis Sunna dan Sira Qatar, Shaykh Dr. Yusuf Abdallah Al-Qaradawi dan ulama-ulama dari Akademi Fiqh Islami Saudi Arabia.

    Mengatakan Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Syiah Jaafari, Syiah Zaidiah dan Ibadiyah sesat menjadikan anda wakil/ejen tidak langsung zionis dan musuh Islam yang memprovokasikan perpecahan umat Islam. Banggakan?

    Point 1 Deklarasi Amman
    Whosoever is an adherent to one of the four Sunni schools (Mathahib) of Islamic jurisprudence (Hanafi,Maliki, Shafi‘i and Hanbali), the two Shi‘i schools of Islamic jurisprudence (Ja‘fari and Zaydi), the Ibadi school of Islamic jurisprudence and the Thahiri school of Islamic jurisprudence, is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible and impermissible. Verily his (or her) blood, honour, and property are inviolable..

    http://ammanmessage.com

    ReplyDelete
  5. Allahu Allah

    Soal Sunnah dan Syiah..

    Tambah dengan Ahbasy lagi,macam-macam la ni..

    Syiah berhujah dengan kalam Imam As-Syafie nak bantai kita,Wahabi pon sama..

    Hat penin kita yang xtau apa ni..

    Tapi kalau mazhab Syiah, tu la, Prof Madya Dr Aziz Hanafi penah cakap pasai dua mazhab syiah yang mana hukum fiqh depa kita boleh ikut; Ja'afariyyah dgn Zaidiyyah..

    Moga Allah selamatkan kita dari segala kesesatan dari luar dan dalam diri..

    Allahumma Ameen..

    ReplyDelete
  6. Aku bukan syiah...dan syiah bukan aku... Aku cuma mencuba untuk mengingati, mengasihi dan mengikuti jalan para keluarga Ahlul Baiyiti dan kebetulan nya MEREKA itu ada pada SYIAH mereka lebih dikenali oleh SYIAH dan Mereka 12 IMAM itu di kenali sebagai SYIAH.

    Pada aku Mereka bukan SYIAH mereka adalah AHLUL BAIYITI RASUL SAW. dan kita hari ini takut untuk menyebut nama mereka, takut untuk mengingati mereka dan takut untuk berselawat kepada mereka... kerana kita takut dikatakan SYIAH. Padahal takut itu bersifat lagi bersikap duniawi lantas takut itu hanya lah kpd Mu Ya Illahi. R0hsia kekita rahsia pada Mu jua...

    ReplyDelete
  7. Salam alaikum, kelmarin saya sudah membeli buku Kenapa Aku Meninggalkan Syiah, saya harap jangan ada yang terpengaruh kerana isi di dalamnya ada banyak fakta yang bertentangan dengan realiti. Saya bimbang kredibiliti kawan2 terjejas... Tolong sampaikan pesanan saya kepada Aziz Hanafi jangan terperangkap dalam dakyah buku itu.

    ReplyDelete
  8. Menjawab buku ini.. http://pakoz.wordpress.com/2011/10/24/ulasan-buku-mengapa-aku-meninggalkan-syiah/

    ReplyDelete
  9. Orang Malaysia ramai syiah patutla sokong iran.

    ReplyDelete
  10. Cuba tengok video ni http://www.youtube.com/watch?v=qsAy6xkYLes&feature=endscreen&NR=1

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...