Pages - Menu

15.12.10

PUASA BULAN MUHARRAM KHUSUSNYA HARI TASU'A & 'ASYURA


Salam ukhwah untuk semua, moga sihat2 dan ceria, syukur atas nikmat-Nya ('',)
Alhamdulillah, saya baru sempat post entri untuk sekian hari, agak sibuk di siang hari tadi atas urusan keluarga. Terima kasih atas kunjungan sahabat2 dan pembaca yang follow. Syukran jazilan ('',) Insyaallah saya akan terus intip2 blog kalian secepat mungkin untuk terus kongsi cerita kehidupan. 

Saya ingin kongsikan dengan sahabat2 sekalian tentang beberapa hadis kelebihan puasa pada hari Asyura isitu pada esok hari. Siapa yang tiada keuzuran yang menghalang, jom sama2 puasa dan tingkat amalan, moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita bersama. AMiN. ('',) malam ni nak layan bola sat no.hehe. ish3..laqa..susah nak tinggal bola ni.adoi.hehe.

صيام شهر المحرم وخصوصا يوم التاسوعاء والعاشوراء
(9 -10 محوم) الأحاديث النبوية الشريفة عن ذالك وفضله
PUASA BULAN MUHARRAM KHUSUSNYA HARI TASU'A & 'ASYURA

iaitu pada 9 & 10 MUHARRAM (RABU 15 & KHAMIS 16 dis).
Sabda Nabi berkaitan fadhilatnya :

{1}
أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم ، وأفضل الصلاة بعدالفريضة صلاة الليل...رواه مسلم
"sebaik-baik puasa setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari" ... riwayat Imam Muslim
 
{2}
قال ابن عباس رضي الله عنهما : مارأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم : يوم عاشوراء ، وهذا الشهر ، يعني شهر رمضان ... متفق عليه
Kata Ibnu Abbas ra : tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini : iaitu HARI 'ASYURA' (10 Muharram) , dan bulan ini iaitu Bulan Ramadhan ... (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)


{3}
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :" لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن 
التاسع"...رواه مسلم
daripada Ibnu Abbas ra berkata: ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari 'Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah ! sesungguhnya hari ini ('Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara. maka Baginda bersabda : "sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram)"... (Riwayat Imam Muslim)

{4}
عن أبي قتادة رضي الله عنه قال : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام يوم عاشوراء ؟ . فقال صلى الله عليه وسلم :" يكفر السنة الماضية "...رواه مسلم
daripada Abu Qatadah ra berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernh ditanya tentang berpuasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) ? . Baginda menjawab : akan dapat menampun kan dosa setahun yang lalu . " ... (riwayat Imam Muslim)

SAMA-SAMA LAH KITA BERPUASA KERANA IA ADALAH SUNAT MUAKKAD (SANGAT DITUNTUT) , JUGA SEBAGAI ZAKAT BADAN DAN MENAMBAHKAN KESIHATAN


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" لكل شيء زكاة ، وزكاة الجسد الصوم "...رواه ابن ماجه
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernh bersabda : "Setiap sesuatu itu ada zakatnya tersendiri , dan zakat badan kita ini adalah PUASA " ... (riwayat Imam Ibnu Majah )

وقال صلى الله عليه وسلم: صوموا تصحوا
Dan Rasulullah SAW pernh bersabda : "berpuasalah kamu sekelian , nescaya kamu akan beroleh kesihatan".

sekian . wassalam

4 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...