Pages - Menu

26.12.10

Piala Suzuki: Tahniah Malaysia! Suspek Pancaran Laser Sudah Dikenal Pasti!

Tahniah Bro!

 Salam sukan untuk peminat setia bola sepak ('',)

"Kurang diajar..! Siapa suluh mataku dengan laser...! Dah banyak kali Rep..apa cita ni..!" 

"Jom belah keluar padang semua, boikot2!" hehe...begitulah saya rasa luahan perasaan sayu penjaga gol Indonesia kepada Ref Jepun tu.

Suspek pancaran laser  tu sudah dikenal pasti....??? Siapa?? Saya pun tak pasti sebenarnya siapa..hehe. Maaf ya semua. Saja buat tajuk pelik, terlalu gembira dengan kejayaan dramatis ni. ('',) Memang terasa debaran sekali walaupun hanya lepak2 depan TV ja, terasa bagai di Stadium Nasional pula tadi.hehe. 

Aura sokongan padu penyokong Malaysia yang memenuhi stadium menggamatkan lagi suasana perlawanan akhir di Bukit Jalil. Bangga saya melihat lautan warna kuning biru membanjiri stadium. Nasional Tahniah atas semangat yang ditunjukkan!

 
 Terima kasih semua, sokongan anda mengembalikan era kegemilangan dahulu...

Sedikit Ulasan Perlawanan

Separuh masa pertama kelihatan seimbang antara Msia dan Indon, masing2 cuba menguasai bahagian tengah dan lancarkan serangan.  Msia banyak menggunakan Flanker untuk crossing ke dalam kotak. 

Separuh masa kedua suasana berubah dengan gerakan serangan Msia tidak hanya tertumpu di bahagian sayap tetapi lebih kreatif mencipta peluang2 melalui gerakan satu dua dan kerajinan dan kepantasan Shahrul bisa merobek gawang Indon melalui sepakan leret Safee membolosi gawang. 

Gol kedua hasil gerakan Shahrul  lagi, hantaran dalam kotak kepada Asaruddin sambil disudahkan dengan rembatan padu dan gol akhir tandukan cantik Safee hasil umpanan Mahali dari sebelah sayap kanan Msia. Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67. Saya sangat tertarik dengan kelincahan Shahrul, mengelecek dua tiga player Indon, memang terbaik lah!

Atas semangat Kesukanan, penonton Msia perlu menjaga sikap dan etika semasa menonton perlawanan, jangan kerana anda seorang, habis beribu2 yang lain. Saya ingatkan tadi perlawanan diberhentikan terus. Malu rasa sikap sebahagian kecil yang masih tidak mematuhi peraturan stadium.

Apa pun Harimau Malaya belum selesa mengaum, masih berbaki perlawanan timbal balik di Stadium Bung Karno  pada Hari Rabu ni. Harpan besar rakyat Msia. Sejarah bakal tercipta,! Pasukan negara bakal memenangi Piala Suzuki untuk pertama kali sejak edisi ini diadakan! Teruskan kegemilangan bola sepak ('',)

18 comments:

  1. Igtkan dah tau.. huhu buat saspen je :P memang x beretika lgsg sape y wat keje x senonoh tu, kena la main professional baru la orang tabik.. betul x? hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..nice..kita doakan..semoga malaysia kekalkan momentum apabila menentang indon di indonesia...

    rumah aku giler..jerit2..hak3!! tak leh belah..hhohoho

    ReplyDelete
  3. @m_izuddin: saspen juga time game berhenti tu..tkt dibtalkan ka, diberi tindakan apa2 ka.huhu

    @immukmin: jerit baru semangat.hehe. susah nak kawal perasaan time tgk bola ni.hehe

    ReplyDelete
  4. kalau benar ada suluhan cahaya laser, pelakunya memang budak nakal, dan kalau orang dewasa, orang tua nakal...hehe...walaupun itu salah satu taktik kotor untuk 'psychout' musuh, tapi boleh mencetuskan pelbagai implikasi dan termasuk juga kurang bermoral...

    ReplyDelete
  5. cis..igtkan da taw..
    hehe..
    anyway..performance malaysia mmg terbaik la :D

    ReplyDelete
  6. @cikgupj: kdg2 kenakalan tu memeriahkan suasana, tpi mgkin perlu batas2 peraturan :)

    @Qar: yup, terbaik dlm sejarah 10 tahun ni

    ReplyDelete
  7. yiippiie...mlysia boleh..
    terbekkk wok..thniah buat mereka semua..
    syg khairul fahmi..opps!!

    ReplyDelete
  8. part ulasan 2 cam comel je kan. ;)
    boleh jadik pengulas bola sepak nih.. hehehhe.
    tahniah malaysia!
    malaysia boleh! :D

    ReplyDelete
  9. syabas kat malaysia!! smoga lps ni jgn leka...

    ReplyDelete
  10. Selamat "Bangun" semula kepada Malaysia Team...lu org mmg terbaek mlm td...

    ReplyDelete
  11. ah. Apa2 pun Malaysia boleh! ;)

    ReplyDelete
  12. @cik mimie: khairul fahmi ja ka.hehe

    @cik maira:ulasan merapu2 cmtu bleh la.hehe

    @nick: yup, jgn leka, kekalkan momentum

    @eye nee: mmg terbaik lah!

    @@ADAM: satu malaysia.hehe

    @budak degil: diorg injured sejak liga super lagi

    ReplyDelete
  13. hehe tergamak baru nak nengok sape tangan gatai tu..

    takut gak kat indon nih... sbb indon pnh tewaskan m'sia 5-1.. kalau berulang masak malaysia!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...