Pages - Menu

29.12.10

K.Rajagopal: Jangan Politikkan Bola Sepak

Jakarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.


"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik. Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."


Dilaporkan, ada usaha pihak tertentu yang ingin meraikan kejayaan skuad negara di Felda untuk Melayu jenis hutan. - Agensi Berita Fakap.

6 comments:

  1. Tahniah Rajagobal!!!
    Jurulatih yg berprinsip..
    Sygnya pemimpin FAM sendiri terdiri dari ahli politik yg ketagihkan modal Politik Murahan..
    Jgn jadikan team bola Kebangsaan sebagai sayap UMNO pulak..
    Jgn salah guna semangat patriotik utk keuntungan politik..

    ReplyDelete
  2. @kering: ya bro, mungkin Rajagopal sudah merasai politik sempit ni meruntuhkan sukan di Malaysia

    ReplyDelete
  3. tolong la jangan politikkan bola nih. isk2

    ReplyDelete
  4. sejak dulu lg sokongan pada Msia tak pernah padam do. walaupun dlu msia tak kuat, tetap bagi sokongan. Dua kali p stadium Msia lawan.hehe

    ReplyDelete
  5. saya sokong tindakan K.Rajagopal tu.

    untuk ahli2 politik sekelian..jgn sibuk hal org lain. sila jaga kawasan masing2 sudah! huhu..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...