Bandar raya Seoul lengang apabila kenderaan dan lalu lintas dihentikan semasa latihan pertahanan awam terbesar sebagai persediaan menghadapi serangan Korea Utara, semalam. – REUTERS
SEOUL 15 Dis. – Korea Selatan hari ini melancarkan latihan pertahanan awam terbesar memberhentikan trafik di bandar raya ini dan mengarahkan orang ramai supaya tidak berada di jalan raya, ketika ketegangan memuncak berikutan serangan Korea Utara ke atas pulau Korea Selatan pada bulan lalu.
Siren kedengaran di seluruh negara pada pukul 2 petang (1 petang waktu Malaysia), sekali gus menandakan bermulanya latihan selama 15 minit itu. Kebanyakan lalu lintas di Seoul seperti di Lebuh Sejongno dan beberapa tempat sibuk lain di pusat bandar raya ini terhenti.
Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA) berkata, latihan di seluruh negara itu merupakan yang pertama seumpamanya sejak undang-undang pertahanan awam diluluskan pada 1975. Menurut tentera, 12 jet pejuang digunakan dengan sebuah pesawat terbang di ruang udara Seoul sebagai simulasi serangan udara Korea Utara. Laluan jalan kaki lengang ekoran orang ramai berlindung di bangunan-bangunan atau stesen-stesen bawah tanah.
Bagaimanapun pemandu enggan meninggalkan kenderaan atau bas menuju ke pusat perlindungan ekoran cuaca sejuk ketika musim salji ketika ini, dengan suhu berada 12 darjah Celsius di bawah paras beku. Latihan khas ini bertujuan menangani secara berkesan situasi sebenar seperti serangan Korea Utara ke atas pulau Yeonpyeong bulan lalu, kata NEMA dalam satu kenyataan. – AFP
takuttt pulak rasaa...hmm~~
ReplyDelete