Pages - Menu

23.12.10

Bercuti Sambil Menuntut Ilmu Di Yayasan An-Nahdoh.

Salam untuk semua, moga dirahmati ('',)

Berbaki cuti sekolah yang tinggal seminggu lagi, mungkin dikalangan sahabat2 ada yang merancang untuk bercuti dan berehat bersama keluarga. Saya nak kempen suatu tempat yang menarik untuk percutian istimewa. Apa yang istimewa tu? Pakej yang menarik dan istimewa tu iaitu Bercuti sambil anda menuntut ilmu. menarik dak.hehe. Jom tengok tempat kat mana. 

Tempatnya terletak di sebuah daerah di Pulau Pinang, iaitu di Yayasan An-Nahdoh, Kubang Semang. Tempatnya yang strategik terletak disebuah perkampungan Melayu dengan keindahaan sawah padi yang terbentang pasti menarik minat sahabat2 yang berunjung. Mungkin sahabat2 tertanya, yayasan apa tu kan?

Saya akan ceritakan secara ringkas, yayasan ini ditubuhkan oleh Ustaz hj Mutalib Maarof, iaitu mudir Yayasan An-Nahdoh. Yayasan ini bukan sahaja tempat pengjian agama tetapi ianya juga dilengkapi dengan sebuah Hotel bercirikan Islamik yang bernilai lebih sejuta ringgit, dirasmikan pembukaannya oleh YB Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat pada tahun April 2007. Selain itu Yayasan An Nahdoh juga menempatkan Sebuah Maahad Tahfiz yang baru diperkenal. 

Tuan Guru Nik Aziz merasmikan An Nahdoh Inn.


An Nahdoh Inn

Sambil datang merehatkan minda, anda akan disajikan dengan pengajian agama berpandukan kitab2 lama. Ada juga yang panggil kitab2 kuning, kitab2 ni lebih terkenal kepada pelajar2 sekolah pondok. Bak kata ustaz, belajar dari kulit ke kulit. Nak khatam satu pun bertahun-tahun. Begitulah suasana yang sahabat2 akan nikmati sekiranya berpeluang bercuti di Yayasan An-Nahdoh. Bercuti dan menuntut ilmu, mungkin kelainan ini menjadikannya sesuatu yang istimewa untuk percutian anda akan datang. Mulakan perancangan awal untuk percutian berilmu anda.hehe.


Kehadiran ramai ketika pengajian ilmu diadakan. 


Tawaran harga untuk penginapan juga sangat berpatutan. Murah lah kalau nak dibandingkan dengan hotel yang lain. Ok, ni ada rate harga penginapan An-Nahdoh Inn.

Kadar Bagi Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

Jenis BilikHarga BiasaHarga AhliHarga AJKCara Bayaran
Bilik IstimewaRM 90.00RM 81.00RM 77.00Tunai
Bilik SederhanaRM 70.00RM 63.00RM 60.00
Bilik EkonomiRM 50.00RM 45.00RM 43.00



Kadar Bagi Hari Isnin hingga Khamis

Jenis BilikHarga BiasaHarga AhliHarga AJKCara Bayaran
Bilik IstimewaRM 72.00RM 65.00RM 62.00Tunai
Bilik SederhanaRM 56.00RM 50.00RM 48.00
Bilik EkonomiRM 40.00RM 36.00RM 35.00


Untuk maklumat lanjut sahabat2 boleh layari Website Rasmi Yayasan An-Nahdoh. dan An-Nahdoh Inn

7 comments:

  1. boleh tahan, sesiapa je ke yang leh join?

    ReplyDelete
  2. @lia: terbuka kepada umum :) sesiapa2 saja, tiada pendaftaran apa2.hehe

    ReplyDelete
  3. oh? penang. ingat kat kedah.
    ada sekolah an-nahdoh (xpasti ejaan)
    kat area a.s
    :)

    ReplyDelete
  4. kalau orang tak penah p.. memang mcm tak caya.. dalam kampung.. tengah sawah... tengok2 ada masjid ngan hotel... haha... tapi memang makmur... sentiasa aktif... ceramah mingguan memang penuh....

    ReplyDelete
  5. @puteri: yayasan ni kat kubang semang, p.pinang, dgn sg petani 30mint ja

    @Encik mamat: orang penang mesti lagi tau ni.hehe. ya awal2 dlu sy p pun mcm tak caya, masuk lorong kmpung kecik tiba2 ada yayasan yang tersergam indah :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...