Kasih ibu tidak bersyarat ('',)
Salam untuk semua, syukur atas nikmat-Nya ('',)
"Kalau aku ada buat salah apa2 tegur2kan lah ya" begitulah ungkapan seseorang pada sahabatnya. Tetapi apakah setiap teguran itu kita terima dengan hati yang lapang atau menerima teguran dengan hati yang sakit? Tanya diri masing2, termasuk saya ni lah kena muhasabah juga :)
Orang yang senang menerima teguran salah satu ciri-ciri orang yang rendah diri dan mempunyai hati besar untuk berjaya. Bak kata pakar motivasi, kejayaan berasal daripada seribu satu kegagalan dan teguran.
Yang sedihnya, masyarakat sekarang lebih suka buat tak peduli, tidak peduli orang lain. "Suka hati dia lah buat apa pun, mati kubur lain2. Pandai2 lah dia nak hidup." Lebih kurang macam tu lah rasanya pemikiran sebahagian kita, akhirnya maksiat dan jenayah berlambak2 seperti cendawan lepas hujan. Siapa yang salah? Sama2 pikul tanggungjawab demi keamanan. Ikhlaskan hati bersama ('',)
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri. Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
mohon tompang tambah bg ruangan org yg menegur:
ReplyDeletetegur lah secara berhikmah atau paling senang faham kena pada situasi.. kebiasaan dilihat org yg menegur cenderung utk 'terlupa' menilai keadaan sebelum menegur.. tak kira lah keadaan sekeliling or keadaan org yg bakal menerima teguran tu.. =)
@cleo tq atas tmbahan yang menarik, kdg2 penegur kurang menjaga keaiban org yang ditegur terutama teguran dikhalyak ramai.
ReplyDelete