Pages - Menu

13.11.10

Sukan Asia: Malaysia Kalah Angkara Pengadil! 8 vs 11+1(pengadil), Video Kad Merah.


Admin: Salam untuk semua. Kekalahan pasukan negara kepada China adalah angkara pengadil yang menunjukkan sikap berat sebelah kepada pasukan tuan rumah. Mutu Pengadilan Sukan Asia sangat teruk. FAM perlu melakukan bantahan. Separuh masa kedua pasukan negara terpaksa bermain 8 orang selepas 3 pemain dibuang padang, terpaksa bertarung 12 pemain China termasuk pemain import (pengadil). K. Rajagopal kelihatan pening untuk menyusun formasi terbaik apabila perlawanan dikuasai pengadil. Apa2 pun, tahniah untuk pasukan negara yang telah berusaha bersungguh-sungguh. 

*Pengadil cap ayam mana China kutip tepi jalan jadi pengadil perlawanan tadi.?

2010/11/13
GUANGZHOU: Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini.

Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.
Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lalu membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain.
Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Di Doha, Qatar empat tahun lalu, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.

Pada perlawanan malam ini, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.

Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli.

Kad merah ketiga dilayangkan kepada S Kunalan pada minit ke-81.
Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelenggu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi tandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-83. - BERNAMA

3 comments:

  1. Menang pun cara Komunis buat ape..Semua jd saksi,apabila China bergelut nk lepasi benteng M'sia,hantaran lintang mereka berjaya dipatahkan,pengadil mula cari akal nk kurangkan kekuatan M'sia dgn memberi kad mereh atas situasi yg hanya memerlukan amaran lisan..
    Yg lbh kantoi apabila ketua pasukan seperti tiada perlindungan turut diberi kad merah..Ini bukan pengadil tetapi ahli sihir yg cuba melawan fitrah,yg x dpt menerima bahawa pasukan tuan rumah sebenarnya tidak bersedia utk sukan Asia..
    Kesemua gol mereka adalah dari situasi bola mati menandakan mereka bergantung pd nasib semata-mata dgn bantuan Ahli Sihir..Xperlulah China berbangga dgn kemenangan keatas M'sia krn kemenangan kamu BUKAN KEMENANGAN YG BERSIFAT TULEN DAN AMAT RENDAH MORALNYA DARI SUDUT SEMANGAT KESUKANAN..Syabas Malaysia,kita membuktikan bahawa lawan terpaksa membuat komplot utk merompak kekuatan kamu utk menundukkan kamu..

    ReplyDelete
  2. Harap2 pemain kita masih bersemangat...
    memang teruk pengadil mengawal perlawanan.. ada time dah bagi advantage lepas tu bola dikuasai kembali pemain malaysia tiup wisel.. adoi

    ZooL

    ReplyDelete
  3. @kering dan zool blogger, rumusan jelas, China bakal dipandang serong oleh Persatuan Bola Sepak lain, bakat muda China yang ditonjolkan menunjukkan masa depan bola sepak China tidak ke mana berbanding Jepun.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...