Pages - Menu

3.6.10

Demo Bantah Yahudi Israel Laknat Dilarang Oleh Polis "APCO" Malaysia!!!


Saling tak tumpah kekejaman yag dilakukan!

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di sini selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan.
Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan.
"Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat. - BERNAMA

8 comments:

  1. Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

    ReplyDelete
  2. polis halang? patut lah najib pun tak sertai..

    APCO..APCO...

    ReplyDelete
  3. tu pun nk halang?...xbersebab..bukan buat phimpunan nk bergaduh pun..hanya tnda membantah serangan Israel shj..pelik2

    ReplyDelete
  4. salam pacifist

    benar sekali, kita perlu mulakan jihad, paling mudah mmboikot barangan yahudi!

    ReplyDelete
  5. salam baginda

    jgn la jadi munafik sudah la, mulut cakap lain, hati sokong yahudi!

    ReplyDelete
  6. lepas ni mungkin mereka akan melarang pergi jemaah jumaat,kan berkumpul ramai-ramai,jemaah fardhu lain pun tak boleh pergi....sembahyang sorang2 kat rumah...hahaha....gelak latu...membenci yahudi itu harus...iadakan boleh perjanjian dengan yahudi .

    ReplyDelete
  7. salam talhah,

    benar sekali, pemimpin sudah semakin menunjukkan kemunafiqan mereka.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...