
Berselawat sebagai tanda cinta dan rindu kita kepadanya.
Maqam Rasulullah terletak di dalam Masjid Nabi, Masjidil Nabawi iaitu Masjid yang dibina oleh baginda ketika berlakunya peristiwa Hijrah. Terletak bersebelahan dengan ruang solat Raudhah. Maqam Rasulullah juga bersebelahan dengan maqam dua orang sahabat rapat baginda, Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina Umar Al Khattab. Maqam tersebut merupakan rumah Nabi ketika hayatnya bersama umat Islam.

Pada mulanya S. Aishah juga sangat berkeinginan untuk dimaqamkan bersebelahan dengan Rasulullah dan bapanya, Abu Bakr, tetapi Sydatina Aishah dengan perasaan rendah diri memberi peluang kepada S. Umar, akhirnya Ummul Mukminat Aishah dikuburkan di perkuburan Baqi' (tempat para sahabat dan syuhada' dikuburkan, terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi) selepas kewafatannya.
doakan saya dapat jejakkan kaki ke tempat ini tahun hadapan....
ReplyDeleteInsyaallah, nak kerjakan haji ya :)
ReplyDeletebukan.. umrah..
ReplyDelete