Pages - Menu

4.3.10

Doa Untuk Tok Guru Nik Aziz

Tok Guru Nik Aziz dirawat di HUSM, mengadu sakit dada


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam. Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata sebelum ditempatkan di wad orang kenamaan HUSM, Nik Aziz dibawa ke hospital berkenaan hanya untuk menjalani pemeriksaan biasa di bahagian Klinik Jantung HUSM. Katanya, ketika menjalani pemeriksaan, Nik Aziz tiba-tiba mengadu sakit di dada sebelum doktor mengarahkan Menteri Besar itu dimasukkan ke wad orang kenamaan bagi memeriksaan lanjut.

"Mulanya Menteri Besar dibawa ke HUSM hanya untuk membuat pemeriksaan biasa di bahagian Klinik Jantung hospital itu, namun beliau mengadu sakit dada dan doktor merawatnya terus mengarahkan supaya dimasukkan ke wad orang kenamaan. "Beliau dimasukkan ke wad berkenaan untuk berehat selain membolehkan doktor membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesihatannya. "Sehingga tengah hari tadi, keadaan Nik Aziz dilaporkan stabil dan doktor menasihatkannya supaya berehat di wad berkenaan untuk beberapa hari," katanya.
...........................

Mari kita sama2 mendoakan kesihatan Tuan Guru Nik Aziz supaya terus diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Amin.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...