Pages - Menu

27.9.14

Street Photography | Fotografi Jalanan | Tukang Jahit (12 Foto)

IMG_0064-1
Tekun membaiki pakaian.


Mungkin ini pertama kali aku "street" di kg sendiri, Sungai Petani. Itu pun secara tak dirancang, turun santai tanpa apa-apa tujuan yang diharapkan. Kebetulan pusing-pusing stesen bas harian Sungai Petani, tempat aku dulu menanti bas, di zaman sekolah menengah stesen ini menjadi perhentian aku pulang dengan bas dari sekolah asrama bersama kemeja batik "maroon" kadang2 berbaju putih berseluar hijau gelap.

Stesen bas harian ini juga sekitar awal 2001-2003 atau awal dari itu, menjadi tempat lepak kumpulan2 hitam "Punk", "Black Metal", "Skin Head" dan lain-lain ketika itu zaman remaja bercelaru memilih identiti dengan kumpulan yang latar dan penampilan tertentu. Agak serabut zaman tu. Masih teringat2 kedai muzik gelap penuh dengan kaset dan VCD "Black Metal" yang bebas dijual kepada anak muda. Zaman itu telah berlalu...

Deretan kedai lama, yang usianya lebih 60 tahun tetap utuh dengan perniagaan mereka, sekalipun zaman bersilih ganti...manusia bertukar rupa dengan adunan serba rosak, ekonomi jahitan, kedai gunting, pasar tani, kedai makan tetap teguh seperti biasa. Salah satunya ialah kedai jahitan membaiki seluar jeans di stesen bas harian ini.

Layanan mesra pak cik berbangsa Cina ini tidak menolak sebarang masalah untuk aku merakam kisah pendeknya sebagai tukang jahit. Agak bersahaja uncle ni, aku pula teruja. Pertama kali street di kg, sudah mendapat layanan istimewa...haha. Agak berbeza di tengah kota sana. Usia uncle ni mencecah 80 tahun! Penglihatan masih baik untuk menjahit cukup mengujakan, ketekunan dan kesungguhan mencabar tenaga muda aku. Hebat orang lama.

Aku tak lama di kedainya, sekitar 15 minit memandangkan keluar tanpa dirancang. Terkilan kerana lupa bertanyakan nama. Mungkin ada masa kena repeat lain ke kedai ini nanti.


IMG_0073-1
Antara mesin jahit terawal yang digunakan oleh kedai uncle ni..


IMG_0076
Membaiki seluar jeans, seluar cotton, pakaian seragam antara kepakarannya...


IMG_0093
Usia tua tidak menghalang untuk terus mencari rezeki...


IMG_0079m
Teliti..


IMG_0066m
Gelungan benang putih...


IMG_0059m
Nama siapa...?


IMG_0060m
60 tahun berbakti...


IMG_0067m
Alatan jahit...


IMG_0078m
Warna-warni benang..


IMG_0090m
Pisau dan mata pencukur...


IMG_0085m
Seragam lencana, pangkat dan bendera...


2 comments:

  1. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Saya baru menemukan blognya. Nice. Street fotonya luar biasa.
    Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share foto2 dengan gampang, saya bisa membantu. Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...