Pages - Menu

9.11.13

Kisah Si Tukang Kasut


(Gambar hiasan)

Salam untuk semua,moga dirahmati

Dua tiga hari lepas aku singgah baiki kasut kerja...biasalah dah lama pakai mula haus tapak. Sambil lepak menanti pak cik tukang kasut siapkan, aku bual kosong dengan pak cik tu. Pak cik tu berasal daripada Sumatera, Indonesia. Difahamkan dia dah menetap di Malaysia lebih kurang 30 tahun dah...semua anak2nya lahir di Malaysia. Begitulah lebih kurang kisah ringkasnya...aku cuma menung terasa asyik dengan kecekapannya bertukang walau usia sudah mencecah 60 tahun.

"Pak cik ada berapa orang anak...? ada yang bersekolah lagi...?" Soal aku membuka cerita.


"Ramai dah kerja dah...ada sorang cucu dah. Usia 4 tahun. Anak yang belajar ada 2 orang lagi. Masih di universiti..." balasnya sambil tangan khusyuk bertukang.

"Bagus tu...mereka belajar mana pak cik?" 

"Seorang di UPSI, seorang lagi kolej di Perak juga...yang belajar UPSI tu dah tahun akhir. Tahun depan habis la tu..." tuturnya sopan. Dialeknya sudah sebati dengan Bahasa Melayu Malaysia.

"Tak lama dah tu nak habis..."sambungku lagi. Aku kagum juga dengan kudratnya. Mampu besarkan anak2 di tengah2 ibu kota. Walau asal "orang luar" datang mencari rezeki, masih mampu mendidik anak hingga ke universiti.

Aku kenang teman-teman aku, anak-anak murid aku yang sedang membesar, ramai yang sedang menginjak remaja usianya. Teman-teman sebangsa, anak watan Melayu yang ramainya masih "hilang arah tuju". Agak malu rasa, "orang luar" mampu melahirkan anak2 yang berjaya, anak watan masih ramai entah ke mana...

"Pak cik tak mau susahkan anak2, hidup di KL ni taraf hidup tinggi. Selagi pak cik mampu berkerja, pak cik kerja lah ringan2 pun..." luahnya sebelum aku pulang.

"Insya Allah pak cik, kalau kita kerja dengan baik. Allah pulangkan rezeki kepada anak-anak.." senyum aku kagum dengan kudrat seorang bapa di usia senja yang punya anak2 berjaya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...