Pages - Menu

28.11.13

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang | Filem Jenaka Islamik!



Salam untuk semua,

Pagi tadi aku dan si isteri luang masa berdating...haha. sesekali kena ada masa juga, cuti sekolah dah mula lama...aku sibuk dengan pengajian lagi. Jadi luang masa p tengok wayang, cerita Ustaz Mu Tunggu Aku Datang..! Aku rasa rakyat Malaysia dah maklum belaka tentang penampilan Ustaz Azhar Idrus dalam movie ni, aku dan isteri dapat tayangan pertama untuk hari pertama pelancaran...kira penuh juga hall kami tu. Kebanyakkan anak-anak muda, yang bawak anak bini pun ada. Aku nak berkisah sikit tentang movie ni secara ringkas...



Pelakon Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang: Ustaz Azhar Idrus, Shiro, Along Eyzendy, Mikael Andre dan Zalif Sidek. 
Terbitan: Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG) 
Pengarah: Pierre Andre

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.

Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.

Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.

Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.


Bagi aku kisah ni melawan arus permintaan penonton semasa, kalau dulu movie Cinta...bersepah-sepahlah movie Cinta sengal diterbitkan, rosak belaka cinta anak muda...kemudian, datang musim movie jenaka2 kosong, movie hantu, kemudian hantu jenaka, kebelakangan ni tema gengster belaka! haha.

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
walaupun berunsur jenaka, tetapi penuh dengan mesej Islamik. Contohnya bagaimana Tuan Pengarah, Pierre Andre yang mengangkat Jemaah Tabligh sebuah gerakan dakwah yang agak lama di tanah air, dikisahkan juga rintangan dan cabaran yang dihadapi golongan Jemaah Tabligh...sikap masyarakat yang cukup pandang serong kepada gerakan dakwah ini, tak kurang caci maki, asal geng Tabligh sampai...pakat tutup pintu belaka, duduk diam2 dalam rumah...itu lah gaya segelintir biasa masyarakat kita dalam menerima pesanan dakwah....

Selain itu, aku juga melihat bagaimana keikhlasan Watak Ali, yang dibawakan sebagai seorang Jemaah Tabligh dalam menerima Dadu dan Muidz yang mahu berubah....kadang2 sikap itu tiada dalam pendakwah, asal orang jahat, orang kuat berjudi, orang kaki botol, kaki apa sahaja...nak berubah, pandangan pertama selalunya menerima dengan persepsi jahat, buruk walaupun si fulan ingin berhijrah. Tak hairan lah kebiasaan orang keluar Puspen (Pusat Serenti), keluar jail selalunya akan masuk balik...kesnya, sokongan masyarakat setempat yang gagal membina semula si fulan menjadi mukmin yang beriman....



Selain itu, kisah ini juga menggambarkan cabaran dan dugaan orang yang ingin berubah kepada kebaikan, tanpa mujahadah dan kesungguhan untuk bertaubat kebiasaannya mereka akan tersungkur di tengah jalan. Watak Dadu dan Muidz cukup kental, melalui banyak rintangan dengan sabar, cekal dan akhirnya berjaya berada di landasan mukmin yang beriman. Watak Ustaz Azhar Idrus menjadi penarik utama dalam movie ni, walaupun UAI muncul hanya beberapa minit, cukup membina perjalanan cerita ini dengan baik disamping mesej2 keislaman yang indah.

Aku juga nak menjawab kritikan sebahagian peminat UAI yang menggambarkan UAI terperangkap dengan sistem kapitalis yang hanya menggunakan namanya untuk kaut untung. Dalam zaman sekarang, nak menolak hiburan2 yang sudah lama terpahat amat sukar, nak tolak dan halang semua movie ditayangkan?? hampir mustahil...nak tolak semua jenis muzik sekarang? hampir mustahil...begitulah apabila Pierre Andre membuat sedikit kelainan, evolusi dalam hiburan dengan menyajikan dengan hiburan berunsur dakwah. Nak tolak tak mampu, yang sebaiknya kita wujudkan jalan lain! Alternatif kepada hiburan2 yang merosakkan...

Jadi, pakat-pakat p tengok belaka boh...!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...