Pages - Menu

2.10.13

Masih berpantun "Malaysia Aman.."



Salam untuk semua,

Agak kaget aku, melihat gelagat anak-anak muda belasan tahun...baru usia menginjak remaja...13,14,15 tahun...heboh seketika luahan hati si mamat jambu pada sang kekasih...perghhhh...Cover Photo dia...dengan awek siap bercumbu lagi?  Soalan pertama sampai di tengkorak kepala, "Mak ayah tak tau ka sampai macam ni...?" "Yang anak dara tu, tak kesian kat mak ayah...9 bulan mak mengandungkan..." Terkini, seorang pelajar mengambil PMR di hospital gara-gara mengandungkan anak luar nikah. Istighfar panjang sekalian membaca...

Pantun "Malaysia Aman"


Itu mungkin kes yang kecil, di luar sana lebih banyak kes yang menakutkan...kalau dulu budak sekolah diingatkan supaya jaga diri..takut orang culik, sekarang orang dewasa pula perlu berjaga dan berhati2 apabila budak sekolah sekarang sudah terjebak dan hebat dengan kes rogol, pecah rumah, ragut....dunia makin menakutkan, jika masih berpantun "Malaysia Aman", aku jangkakan si dia perlu dirujukkan kepada doktor pakar psikiatrik. Ada ketika, kawalan otak manusia sudah capai input maksima...huk!

Aman erti kata tiada peperangan. Itu definisi aman konteks umum. Dalam serba canggih, kita sedang berperang dengan akhlak anak-anak muda. Peperangan akhlak sebenarnya jauh lebih sukar menentang musuh nyata, akhlak buruk yang lama bernanah dan berakar kuat dalam setiap hati tak semudah untuk diubati...

Semai Padi

Dijaga benih padi yang tumbuh dengan baik...mengikut aturan masa dan kadar racun, baja yang ditetapkan. Gagal mengikut panduan, gagal juga kita menuai hasil padi yang baik...walau gred beras rendah masih boleh dipasarkan. Yang lebih malang terus tiada hasil padi yang dapat digunakan, sudahlah tiada gred, hanya tunggu masa dibuang dan diganti benih baru. "Malaysia Aman" kerna masih dapat merasa beras jati Siam...

Tunjang

Kata pujangga, pokok yang baik menghasilkan buah yang baik. Buah yang dihasilkan mustahil dari tunjang yang berkudis, bernanah, bertompok darah....bermula sekarang, dari diri, keluarga dan saudara terdekat...rawat segera punca kelahiran anak-anak muda "bernanah", "kurap", "kudis". Jika tidak, usah berpantun "Malaysia Aman..."

Malaysia Aman....itu impian. Bukan pantun gurindam.

1 comment:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...