Aku baru sambung belajar peringkat sarjana...dalam sebulan lebih baru...budak baru nak merangkak ni. Sejak sambung belajar ni aku mula terdedah dengan ramai kenalan, sahabat sekelas, para pensyarah, siapa sahaja yang aku ketemu akan ditegur sapa...begitulah gaya orang baru...tak kan nak menyombong senyap ja kan...aku pula baru sangat belajar dengan sistem IPT ni...ya lah, dulu mengaji kat maktab, sistem lain...IPT ni lebih terbuka...mungkin agak demokratik dalam beberapa perkara.
Dalam tempoh itu aku mula memerhatikan sesiapa sahaja. Keterujaan aku paling awal melihat gelagat cerdik pandai, dalam kalangan pelajar khususnya yang sambung PhD dan para pensyarah...depa ni sibuk agak luar biasa...gerun aku. Teman-teman sekuliah ramai juga kalangan pelajar PhD...jauh lebih senior dari aku, jauh lebih matang, banyak membantu aku yang kontang-kanting sorang2 ni...
Aku berpegang pada pesan seorang ulama, sijil tinggi mana pun kita kutip belum tentu boleh beli hikmah dan kefahaman yang Allah anugerahkan. Diceritakan oleh seorang pensyarah, kenalannya non-muslim semasa menuntut sama di UK antara pemegang PhD, banyak menghasilkan kajian tentang Islam. Namun sayang, kajiannya berbuku-buku tentang Islam gagal menemukan beliau dengan Hak dan Batil. Begitu juga keadaannya di negara kita, kadang2 yang mengeluarkan kenyataan2 tentang Islam antara cendiakawan, tetapi banyak terpesong daripada syariat sebenar.
Dari awal aku pesan pada hati, belajarlah dengan ikhlas. Bukan sebab dunia, kejar itu...kejar ini. Niat di permulaan silap...aku percaya dipenghujung pasti tersungkur pada jalan yang salah. Hampir dua bulan mula belajar, aku baru rasa mood mengaji...haha. Memang agak stress, tugasan banyak, ditambah tugasan kerja di sekolah sedia bertimbun...apa pun, "mood" belajar menguatkan hati untuk semua ini...insyaAllah, doakan aku tamat pengajian dengan berjaya.
Nasihat aku pada sahabat2, yang ada ruang masa dan peluang sambung belajar...teruskan, guna peluang sebaiknya. Berkawan dengan pelajar2 PhD, nasihat mereka tetap sama..."lepas habis master...sambunglah PhD..." aku hanya angguk....insyaAllah, yang penting ilmu bermanfaat untuk semua.
*masa untuk blog...terpaksa kurang

orang sekarang bukan menuntut ilmu sgt, tapi menuntut kerja dan gaji,sbb itu kiter rse ramai keluar tak boleh buat apedgn ilmu d pelajarinye
ReplyDeletepppm plan bagus pelaksana bagaimana?