Pages - Menu

5.9.13

"Saya bukan datang beli minyak, datang pun jalan kaki..."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEizjetz7_2TJnQr3UCkVninQGJFyLNE4yD5a5i4WYQvI3BEoU-WgVLWo_6p1nvkg4QL34lLFboFbmJfGZMk0rR6CKnH16LNm_3RPyubZ9RJz62sw9kXHlJZR__WtABlKcUPzS7uCLjksro/s400/1_malaysia.jpg


Salam untuk semua,

Aku nak berkongsi cerita makan tenghari tadi. Macam biasa, aku makan tenghari pukul 10 pagi, merangkap sarapan dan tengahari. haha. Jimat boh...masa makan ni sejak zaman belajar hingga dah kerja. Dah kahwin ni, kadang2 si isteri masakkan bekal bawa ke tempat kerja. Tadi aku sampai ke kedai agak lewat memandang hujan sangatlah lebat, ofis aku pun bocor...penunggang motorsikal mcm aku ni paling penting baju hujan motorsikal, tebal macam mana pun basah juga kadang2 baju kerja.

Tabiat makan aku mesti disisi perlu bersama akhbar terkini. Aku tak boleh mengadap pinggan semata tanpa membaca apa2. Boleh tertidur silap2 makan...haha. Khusyuk baca akhbar, lalu seorang mak cik singgah beli kuih...aku dah tertarik dengan payung dibawa...BIRU Putih 1Malaysia! haha. Hujan boh...pakai p la payung apa pun.

"Kak, orang tak pakai dah payung tu...minyak naik.." usik si penjual. Mungkin si kak itu dah biasa dengan teguran2 begitu. Aku memandang dengan senyuman penuh makna.haha

"Kak datang sini bukan beli minyak..." Selamba ja dia balas.  Terpinga-pinga si abang penjual tu. Aku cuba buat tenang walau jawapan tu menyebabkan aku hilang seribu satu masalah untuk ketawa.

"Kak datang beli kuih ni..."

"Lagi pun kak jalan kaki, bukan naik kereta..." bertalu-talu dibalas.

"Erk..." tak terkata si abg penjual tu.

Aku hampir tersedak menahan perut gelak kuat. haha. Si Abg penjual kena "rumusan power" dari akak tu....aku dan si abg penjual saling memandang, mak cik tu berlalu kami gelak kaw2...haha. Aku kisahkan, bagaimana pemikiran rakyat bawahan tanpa sedar masih ramai kelabu. Aku percaya ramai dalam kalangan Melayu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...