Pages - Menu

8.9.13

Kisah Si Pemengut Kotak


 gambar hiasan

Lewat malam aku turun ke bawah untuk membuang sampah dan beberapa keping kotak2 lama yang lama dah tersimpan dalam bilik. Aku sengaja turun juga malam tu memandangkan jumlah sisa bunngan dalam rumah aku merismaskan penglihatan. Jam sekitar 10.45 malam, rumah flat di tingkat dua tiada masalah untuk aku turun menggunakan tangga ke bawah. Cuaca ketika tu hujan renyai-renyai, angin malam bertiup meningkatkan lagi kedinginan malam.

Dari jauh, aku dah terpandang sebuah basikal tua tersadai bersebelahan tong sampah. Ditempat duduk belakang basikal, terikat kemas timbunan kepingan kotak. Aku pula tercari-cari siapa pemilik basikal. Rupanya kelihatan seorang lelaki berbangsa Cina, warga emas usia sekitar 60-an sedang bercangkung membelek sisa sampah dan kotak-kotak yang boleh diambil buat upah jualannya. Aku memandang seketika, baju lusuh dan seluar pendek membalut tubuh si tua. Khusyuk benar pak cik itu bekerja, mengikat kemas himpunan kotak yang dipungut, aku yang berdiri disisi pun dia tak sedar.

"Semalam malam uncle..." tegur aku. Hujan tidak menunjukkan tanda berhenti, terus membasahi bumi.

"Ya...ya. Kamu ada mau buang kotak...?" soal pak cik tu. Aku tengok dia memang tak peduli hujan atau panas lagi. Fikirannya lebih penting adalah kotak terbuang.

"Ada, sekejap lagi saaya turun ke bawah bawak turun lagi kotak-kotak. Ini tin kosong ni, uncle mau juga...?"

"Boleh...boleh. Ini tin pun boleh jual ni..." Aku serahkan satu tin kosong lama, dulu jadi tempat isian biskut kering.

"Sudah lewat malam ni, lagi pun sekarang hujan macam mau lebat saja..." pesan aku ringkas.

"Musim dia dah. Kalau malam ni tak cari, esok mau cari duit mana." terkontang kanting pak cik tua ini membelek-belek tong sampah. Bau busuk, bau hanyir, apa sahaja bau tidak dipedulikannya lagi.

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku fikirkan begitulah kerja si pemungut kotak. Aku cukup simpati. Lebih simpati dengan usianya yang sudah lanjut, selayaknya berada di rumah bersama anak-anak cucu. Hidup di ibu kota besar, memang mencabar. Aku kerja bergaji taraf sederhana tetap terasa bebanan sekarang. Golongan terpinggir begini bagaimana pula?

Siapa peduli? Ada pemimpin turun jenguk mereka, untuk melihat susah jerih mencari rezeki? Atau tunjuk muka tika menjelang Pilihan raya semata2? Soal miskin, soal hidup susah bukan kira bangsa. Melayu, Cina dan India masing2 ada yang merempat di bumi sendiri. Sekarang minyak naik, kos barang keperluan naik....kudrat tua pak cik itu lebih kuat perlu dikerah, untuk menampung kos hidup yang makin menggila.

3 comments:

  1. Manalah yg duduk di kerusi empok nak ambil tahu. Bila dekat PRU nanti barulah akan cuba melihat ini semua. Sekarang baru lepas kena tunggulah 4 tahun lagi.. memang tak semua tapi majoritinya begitu.

    ReplyDelete
  2. hmm..kesian pakcik tu..
    semoga Allah murahkan rezeki die..

    ReplyDelete
  3. Dulu mas kecik orang selalu kata cina kaya-kaya. Sebab tak perlu biasiswa dll.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...