Disunatkan baca sebelum berbuka iaitu ketka hampir waktu berbuka membaca kalimat-kalimat berikut seberapa banyak yang mungkin :
"
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah dengan sebenar
melainkan Allah, aku memohon ampun kepada Allah. Aku pohon akan Engkau
keredaanMu dan syurgaMu, dan aku berlindung denganMu dari kemurkaanMu
dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha
Mulai, Engkau menyukai kemaafan maka memaafkanlah kami, ibu bapa kami
dan sekalian muslimin dengan berkat limpah rahmatMu wahai Zat Yang
Sekasih-kasih orang-orang yang mengasihani. "
DOA TATKALA BERBUKA PUASA
Disunatkan ketika hendak berbuka puasa itu membaca doa berikut :
" Ya, Allah, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman, dan di atas rezekiMu aku berbuka, dengan berkat limpahrahmatMu ( aku berupaya melakukan semua ini ) wahai Zat Yang Sekasih-kasih orang-orang yang mengasihani. Ya Allah, telah hilang rasa dahagaku, dan sudahpun kembali segar urat-uratku, dan telah tetap pahalaku - insya Allah Ta'ala - dengan berkat limpah rahmatMu wahai Zat Yang Sekasih-kasih orang-orang yang mengasihani. "
Azhan: Doa diatas antara pesanan Ust Syed Abdul Kadir Jofre semasa tazkirah Nifsu Syaaban yang lepas. Waktu ketika berbuka antara waktu yang mustajab berdoa. Yang belum hafal, simpan dalam telefon bimbit, tidak pun cetak keluar dan tampallah di mana2 ruang rumah, ruang makan supaya amalan sunat ini dapat diamalkan sekeluarga.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA