Pages - Menu

19.4.13

PRU13: DAP Bertanding Tiket PAS/PKR | Benarkah Cina Takut Undi PAS?


Salam untuk semua, moga dirahmati

Esok 20 April, akan berlangsung penamaan calon PRU13. Melihat situasi sekarang, PRU13 kali ini cukup berbeza, aku melihat tekanan dan perhatian dirasai oleh kedua2 parti utama di Malaysia, iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Jika disingkap seketika PRU12, PR tidaklah terlalu meletakkan harapan tinggi kepada calon2 bertanding, malah kemenangan besar ketika itu amatlah mengejutkan, siapa pun tak sangka perubahan besar2 berlaku di beberapa negeri. BN lebih2 lagi lah terkejut menerima hakikat pertama kalah.



Terkini, DAP komponen utama PR "diharamkan" oleh ROS, jadi DAP memutuskan akan bertanding atas tiket PAS di semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak. PRU13 kali ini juga siapa sangka Mr Karpal Sigh, ahli politik veteran yang sering menimbulkan kontroversi tentang Negara Islam dan Undang2 Hudud, kini bakal bertanding kerusi Parlimen menggunakan logo PAS! Pasti ini akan memahatkan sejarah baru politik Malaysia, politik perkauman sempit, sentimen agama yang diapi2kan sudah kian lenyap perlahan2 dalam kondisi politik Pakatan Rakyat. Politik semakin berubah lebih matang, ukhwah dan persaudaraan makin erat terjalin. Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebalik semua ini.

Orang Cina takut sokong PAS? Soalan lazim dan spekulasi biasa yang sering dimainkan. Pendapat aku, ini bukan era politik 80-90an. Contoh paling mudah di Kelantan, Cina di Kelantan hidup membangun dibawah pentadbiran TG Nik Aziz Nik Mat dengan aman dan tenteram tanpa wujud apa2 kekacauan, disamping kaum Cina di sana lebih sayang kepada TGNA dengan sifatnya yang sederhana sebagai seorang pemimpin, cukuplah melihat rumah kediamannya tak ubah seperti rumah masyarakat kampung biasa.

Pengalaman aku bekerja dengan ramai sahabat2 Cina juga merubah beberapa persepsi aku tentang politik bangsa Cina, mereka sebenarnya jauh lebih matang malah dengan dunia serba moden dan tanpa batas, bangsa Cina cukup pengetahuan untuk mengenali PAS secara fakta seterusnya membuka pintu awal kepada kefahaman Islam yang syumul. Islam tidak menzalimi malah menawarkan keadilan untuk semua umat manusia!

3 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...