"Tak sambung belajar buat Sarjana/Master..?". Soalan yang selalu diajukan oleh sahabat2 terdekat dan para pensyarah apabila bertemu. Sejak tahun lepas aku fikirkan benda ni, ada beberapa persoalan yang belum terjawab.
1. Apa tujuan aku sambung peringkat Sarjana?
2. Apa kos/bidang terbaik apabila sambung Sarjana? (Aku kos Pengajia Melayu, tapi aku kurang minat untuk sambung bidang yang sama walaubagaimanapun pensyarah2 dulu nasihatkan sambung bidang yang sama. Agak berbeza dengan pembacaan aku berdasarkan pengalaman2 tokoh lain, sambung belajar perlu pilih bidang yang diminati tapi masih tidak jauh bidang asal diperingkat Ijazah)
3. Selepas dapat Sarjana, ke mana pula hala tuju yang perlu dirancang? Masih kekal mengajar di sekolah atau bagaimana?

4. IPT yang mana yang terbaik/sesuai untuk sambung belajar (dengan jadual kerja sambil belajar)?
Dah kerja ni nak belajar lagi ka? Ya! itu sahaja jawapan aku ada. Aku memang rasa nak belajar lagi...rasa macam tak cukup, banyak lagi kurang. Rasa rindu nak berada dalam bilik kuliah mendengar celoteh2 pensyarah. Selain tu, teringin nak rasa pengalaman masuk universiti, al maklumlah aku ni pelajar IPG (maktab perguruan) sistem dan budaya aku dapat dulu mungkin berbeza. Mungkin jawapan tu yang masih berbaki untuk aku tunaikan hasrat menuntut ilmu ini.
Aku harap beberapa soalan ini dapat dikongsikan juga oleh sahabat2 yang punya pengalaman, pengalaman diri sendiri atau pengalaman sesiapa sahaja yang pernah anda ketahui. Penting, sekurangnya jawapan2 kalian membuka sedikit minda dan membentuk persepsi yang lebih jelas diri yang dipersimpangan. Terima kasih. Aku harapkan ilmu yang dipelajari memberikan manfaat untuk semua, rugi kalau habis untuk diri sahaja. =)
Diingatkan juga, ilmu ini bukan ukuran pada sijil yang dipegang kerana sesiapa sahaja layak memiliki yang pasti usaha dan bersedia ke arah menjadi seorang penuntut.
Sambung di tempat-tempat berikut
ReplyDelete1. Australian National University
2. SOAS
3. Cornell U
4. Princeton U
Anon: terima kasih beberapa cadangan. tapi saya perlu utamakan dalam negara kerana bekerja dgn Kementerian Pelajaran yang berkontrak...
DeleteBoleh cari sumber kewangan dari institusi tsb
ReplyDeleteApa yg kakak lihat anak-anak saudara kakak yg menjadi guru dan lecturer memang sentiasa kena upgrade. Jadi terbaik buat Azhan kerana masih single lagi senang. Kalau dah ada anak isteri kakak lihat macam kesian apa lagi bila ke UK tu kena tinggalkan isteri dan anak yg kecik... Belajarlah dan dapatkan nasihat dari institusi yg azhan nak sambung belajar itu. Ala... google dululah lepas tu baru ke sana.
ReplyDelete